Singapura lapor 3,397 kes, 12 kematian

SINGAPURA 9 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,397 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini .

Menurut Kementerian Kesihatan, bagi tempoh yang sama, 12 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan Covid-19.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Singapura setakat ini adalah 224,200 dan 523 kematian.

Sebanyak 3,222 adalah kes dalam masyarakat, enam kes import dan 169 kes asrama pekerja asing.

Manakala kes kematian pula melibatkan individu berusia antara 58 dan 95 tahun, kesemuanya kecuali seorang belum divaksin. Mereka juga mempunyai rekod pelbagai penyakit.

Sebanyak 1,700 pesakit dimasukkan ke hospital di mana 300 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 68 dalam keadaan tidak stabil dan dipantau rapi, 72 kes sakit tenat dan perlu intubasi manakala kadar penggunaan ICU adalah 72.4 peratus.

Sebanyak 2,834 kes dibenarkan pulang dengan 459 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

Mengenai program vaksinasi, setakat ini 85 peratus lengkap vaksinasi dua dos dan 86 peratus menerima satu dos manakala 18 peratus menerima dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment