Kes sembuh atasi positif di Indonesia

JAKARTA 9 Nov. – Kes sembuh mengatasi angka positif Covid-19 di Indonesia apabila 585 orang pesakit dilaporkan sembuh sementara 434 kes jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh meningkat kepada 4,095,663 orang dengan kes positif sebanyak 4,248,843 dan kes aktif 9,602.

Jumlah mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19 pula meningkat kepada 143,578 orang termasuk 21 kematian yang direkodkan hari ini.

Lima provinsi merekodkan kes positif harian tertinggi iaitu Jakarta menambah 94 kes dan kumulatifnya 862.370 kes, diikuti Jawa Barat 62 kes ( 706.614 ), Jawa Timur 48 kes ( 398.707 ), Jawa Tengah 39 kes (485.579) serta Bali 21 kes ( 114.015 ).

Sementara itu 11 provinsi merekodkan kematian termasuk Jawa Timur 7 kes dan kumulatifnya 29.657 kes, diikuti Jawa Tengah 4 kes (30.166 ) serta Nusa Tenggara Timur 2 kes ( 1,333)

Berhubung vaksinasi, penerima dos pertama bertambah sebanyak 1.064.798 menjadikan jumlah keseluruhan lebih 126,459,285  sementara penerima dos kedua bertambah 858.050 orang dengan jumlahnya 80.070.525 orang.

Manakala penerima vaksin ketiga bertambah 2.961 orang dan kumulatifnya melebihi 1,1 juta orang atau 1.170.175 orang.

Related posts

Leave a Comment