Kes sembuh atasi positif di Indonesia

JAKARTA 9 Nov. – Kes sembuh mengatasi angka positif Covid-19 di Indonesia apabila 585 orang pesakit dilaporkan sembuh sementara 434 kes jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh meningkat kepada 4,095,663 orang dengan kes positif sebanyak 4,248,843 dan kes aktif 9,602. Jumlah mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19 pula meningkat kepada 143,578 orang termasuk 21 kematian yang direkodkan hari ini. Lima provinsi merekodkan kes positif harian tertinggi iaitu Jakarta menambah 94 kes dan kumulatifnya 862.370 kes, diikuti Jawa Barat 62 kes ( 706.614 ),…

Read More

Singapura lapor 3,397 kes, 12 kematian

SINGAPURA 9 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,397 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini . Menurut Kementerian Kesihatan, bagi tempoh yang sama, 12 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan Covid-19. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Singapura setakat ini adalah 224,200 dan 523 kematian. Sebanyak 3,222 adalah kes dalam masyarakat, enam kes import dan 169 kes asrama pekerja asing. Manakala kes kematian pula melibatkan individu berusia antara 58 dan 95 tahun, kesemuanya kecuali seorang belum divaksin. Mereka juga mempunyai rekod pelbagai penyakit.…

Read More

49 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 9 Nov. – Arab Saudi merekodkan 49 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, hari kesebelas angka jangkitan kekal di bawah 50 kes. Bagi tempoh yang sama, Kementerian Kesihatan (MoH) juga memaklumkan seorang lagi meninggal dunia akibat Covid-19. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan adalah sebanyak 549,022 dan kematian pula 8,806 orang. Menurut MoH, sebanyak 57 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah kumulatif pulih meningkat kepada 537,990. Dalam kalangan kes aktiff pula, sebanyak 49 kes dilaporkan kritikal.

Read More

Yakin menang kerusi ditandingi

MELAKA 9 Nov. –  Generasi muda masa kini merupakan generasi teknologi maklumat yang berupaya menganalisa hal politik dengan mudah dan senario itu memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi. Dalam catatan di Facebook, beliau berkata ini kerana generasi yang memiliki pemikiran dan cita rasa politik tinggi, halus dan bersifat kompleks itu, akan berfikir secara rasional dan berfakta. “Generasi ini dikatakan tidak suka menjadi ahli mana-mana parti, tetapi cakna tentang perihal politik. Merekalah generasi teknologi maklumat yang berupaya menganalisa hal politik dengan mudah. “Namun senario itulah…

Read More

Ibarat pertandingan persahabatan

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Pertembungan calon UMNO dan Pas di tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disifatkan sebagai persaingan sahabat yang tidak akan melunturkan semangat penyatuan ummah. Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, berkata UMNO menyifatkan Muafakat Nasional (MN) yang dijalin dua parti itu tidak pernah berakhir, walaupun Pas menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dan memilih bersama perikatan itu pada PRN Melaka. “Di Melaka ini kita anggap pertandingan persahabatan. Kalau kita boleh untuk berkata begitu, begitulah. Ini cuma masalah pertandingan persahabatan dan dalam politik…

Read More

DAP tetap tolak bekas ADUN UMNO

MELAKA 9 Nov. – DAP kekal menolak Idris Haron dan Nor Azman Hassan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke,. Katanya, pendirian parti itu tidak berubah walaupun Idris dan Nor Azman secara rasmi bertanding mewakili PH, masing-masing di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan dan Pantai Kundor. “Perkara ini kami suarakan dalam Majlis Presiden PH, namun seperti dinyatakan Setiausaha Agung DAP, dua lagi parti memilih untuk menerima mereka. Pendirian kami tidak berubah dan masih tidak bersetuju dengan dua pencalonan itu,”…

Read More

41 kes baharu di Brunei

BERAKAS 9 Nov. – Brunei Darussalam merekodkan 41 kes baharu Covid-19 termasuk satu kes import dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 13,905 kes, kata Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar. Katanya, dalam tempoh yang sama, tiga kluster baharu berkaitan tempat kediaman termasuk asrama pekerja dikesan melibatkan 23 kes menjadikan jumlah kluster aktif setakat ini sebanyak 177. Bercakap pada satu sidang media petang ini, Dr Isham berkata, terdapat enam tambahan kes bagi lima kluster aktif sedia ada yang mempunyai kontak rapat dengan kes positif sebelum ini. Sebanyak 11 kes masih…

Read More

UK iktiraf Sinovac 22 Nov.

LONDON: United Kingdom (UK) mengumumkan vaksin Sinovac dan Sinopharm keluaran China serta vaksin Covaxin dihasilkan India bakal dimasukkan ke dalam senarai vaksin Covid-19 yang diluluskan negara itu. Menurut kenyataan kerajaan semalam, kelulusan itu berkuat kuasa mulai pukul 4 pagi 22 November ini. “Vaksin Covid-19 yang tersenarai untuk penggunaan kecemasan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) akan diiktiraf dan semua kanak-kanak bawah umur 18 tahun yang tiba di sempadan England akan dilayan sebagai penerima vaksin lengkap,” kata kenyataan itu. Di UK, penumpang yang lengkap vaksinasi dan telah menerima sijil vaksin satu daripada lebih…

Read More

1,409 kes baharu di Filipina

MANILA 9 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,409 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,806,694. Sehingga pukul 4 petang, ini, DoH juga merekodkan 46 lagi meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah kematian 44,567 orang. Pada tempoh yang sama, 2,941 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah kumulatif sembuh meningkat kepada 2,731,583 orang. Kes aktif pula sebanyak 30,544 orang. Sementara itu mengikut DoH, jumlah kematian lebih rendah yang dilaporkan hari ini adalah disebabkan berlaku masalah teknikal.

Read More

Thailand catat 6,904 kes baharu

BANGKOK 9 Nov. – Thailand merekodkan 6,904 kes baharu Covid-19 dan 61 kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,982,495 kes dan 19,764 kematian. Terdapat 6,646 kes dalam kalangan orang awam termasuk 22 kes import dan 258 orang dalam kalangan banduan. Kes kematian pula melibatkan individu berusia antara 23 dan 93 tahun termasuk seorang warga Myanmar di mana Bangkok merekodkan tujuh kematian di samping Samut Prakan (5), Pathum Thani (1) dan Samut Sakhon (1). Bangkok juga merekodkan 813 kes baharu yang tertinggi diikuti wilayah lain. Kes import pula…

Read More