BN bersendirian di PRN Melaka

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Barisan Nasional (BN) akhirnya tampil bersendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas Pas, rakan sekutunya dalam Muafakat Nasional (MN) memilih Perikatan Nasional (PN).

Dengan keputusan itu, BN turun menampilkan 28 calon bagi menghadapi PRN yang dijangka menyaksikan pertembungan tiga penjuru di setiap kawasan.

Pengarah Pilihan Raya BN, Mohamad Hasan, hari ini mengumumkan penyertaan secara solo BN dengan menampilkan 20 calon UMNO, lapan diwakili MCA dan satu kerusi MIC.

“Daripada 28 kerusi itu 24 calon baharu dan empat muka lama. Keputusan dibuat hasil perbincangan semua parti komponen dalam BN,” katanya pada sidang media di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Berikut senarai calon Barisan Nasional Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka

N01 Kuala Linggi – Rosli Abdullah

N02 Tanjung Bidara – Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh

N03 Ayer Limau – Hameed Mytheen Kunju Basheer

N04 Lendu – Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali

N05 Taboh Naning – Zulkiflee Mohd Zin

N06 Rembia – Datuk Muhamad Jailani Khamis

N07 Gadek P. Shanmugam V Ptcyhay

N08 Machap Jaya – Ngwe Hee Sem

N09 Durian Tunggal – Zahari Abd Kalil

N10 Ashan – Fairul Nizam Roslan

N11 Sungai Udang – Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad

N12 Pantai Kundor – Tuminah Kadi @ Mohd Hasim

N13 Paya Rumput – Datuk Rais Yasin

N14 Klebang – Datuk Lim Ban Hong

N15 Pengkalan Batu – Datuk Kalsom Nordin

N16 Ayer Keroh – Yong Fun Juan

N17 Bukit Katil – Datuk Wira Hasnoor Sdg Husin

N18 Ayer Molek – Datuk Rahmad Mariman

N19 Kesidang – Leong Hui Ying

N20 Kota Laksamana – Benjamin Low Chin Hong

N21 Duyong – Mohd Noor Helmu Abdul Halem

N22 Bandar Hilir – Lee Kah Sean

N23 Telok Mas – Datuk Abdul Razak Abdul Rahman

N24 Bemban – Datuk Koh Chin Han

N25 Rim – Datuk Khaidhirah Abu Zahar

N26 Serkam – Datuk Zaidi Attan

N27 Merlimau – Dr Muhamad Akmal Saleh

N28 Sungai Rambai – Siti Faizah Abdul Azis

Related posts

Leave a Comment