249 juta kes, 5.03 juta kematian

WASHINGTON: Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 global kini menjangkaui 249 juta setelah lebih 500,000 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu (6 Nov, waktu Malaysia).

Data Universiti John Hopkins menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal sebagai negara yang paling terjejas dengan lebih 46 juta kes dilaporkan.

Ini disusuli dengan India yang mencatatkan lebih 34 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.8 juta kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal mendahului negara-negara lain dengan jumlah tertinggi kes Covid-19 yang melebihi 4.2 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina yang mencatatkan lebih 2.7 juta kes, Malaysia lebih 2.4 juta kes dan Thailand dengan 1.9 juta kes.

Sementara angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia pula kini melebihi 5.03 juta di mana Amerika Syarikat mencatatkan jumlah kematian tertinggi melebihi 753,000 kes.

Ini diikuti oleh Brazil dengan lebih 608,000 kes, India lebih 459,000 kes dan Mexico lebih 289,000 kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului senarai sekali lagi dengan lebih 143,000 korban dilaporkan disusuli dengan Filipina lebih 44,000 kes kematian dan Malaysia yang melaporkan 29,000 kes kematian. 

Related posts

Leave a Comment