1,767 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 5 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 1,767 kes baharu jangkitan Covid-19 di Singapura setakat pukul 12.00 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 212,745 kes. Daripada jumlah itu, sebanyak 1,639 adalah kes dalam kalangan masyarakat, lapan kes import, dan 120 kes baharu di asrama pekerja asing. Jumlah kematian pula meningkat kepada 468 orang apabila sembilan lagi individu meninggal dunia melibatkan mereka yang berumur antara 67 dan 85 tahun dan semuanya juga menghidap penyakit sedia ada. MoH juga memaklumkan 282 pesakit memerlukan sokongan oksigen di wad biasa, 70 tidak stabil…

Read More

Kes harian Malaysia turun

PUTRAJAYA 5 Nov. – Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan berbanding tiga hari lalu, apabila 4,922 kes dilaporkan, setakat pukul 12 tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya , dengan perkembangan itu menjadikan 2,497,265 individu sudah dijangkiti virus berkenaan. Daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 4,842 kes atau 98.4 peratus adalah pesakit dalam kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan. Sebanyak 1.6 peratus bersamaan 80 kes lagi adalah pesakit kategori tiga hingga lima iaitu mempunyai radang paru-paru, memerlukan alat bantuan…

Read More

DAP kemuka dua muka baharu

KUALA LUMPUR 5 Nov. – DAP mengemukakan dua muka baharu, di samping mengekalkan enam penyandang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, berkata dua calon muka baharu, Muhammad Danish Zainudin, 25, dicalonkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, manakala Leng Chau Yen, 37, di DUN Bandar Hilir. “Semua lapan calon itu akan bertanding menggunakan logo Pakatan Harapan (PH),” katanya pada sidang media majlis pengumuman calon parti itu secara maya di Facebook DAP Malaysia di sini, hari ini. Turut hadir, Pengerusi…

Read More

Kes harian Filipina 2,376 kes

MANILA 5 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 2,376 kes baharu Covid-19 meningkat berbanding 1,766 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,797,986. Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 2,109 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 2,716,524 kes pulih atau 97.1 peratus daripada keseluruhan kes. Dalam tempoh yang sama, jumlah kematian meningkat kepada 44,085 orang termasuk 260 lagi yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Kes aktif pula sebanyak 37,377 meningkat daripada 37,159 yang direkodkan semalam.

Read More

Thailand catat peningkatan kes

BANGKOK 5 Nov. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 meningkat sedikit hari ini apabila merekodkan 8,148 kes berbanding 7,982 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,951,572 kes. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 80 lagi individu meninggal dunia berbanding 68 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 19,542. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), wilayah Selatan mendahului rekod kematian harian dengan 23 orang di mana Nakhon Si Thammarat merekodkan enam kematian dan masing-masing tiga di Trang dan Pattani. Enam wilayah di selatan juga antara 10 wilayah yang merekodkan kes jangkitan tertinggi yang didahului…

Read More

PRN keputusan sukar semasa pandemik

KUCHING 5 Nov. – Keputusan untuk melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 ketika tempoh pandemik adalah satu keputusan yang sukar bagi Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg. Katanya, situasi unik ini berlaku julung kalinya di dalam sejarah Sarawak di mana Kerajaan Negeri perlu mendapatkan mandat baharu dalam masa yang sama mentadbir dan melaksanakan strategi menangani wabak. Tegasnya, adalah suatu pengkhianatan sekiranya kerajaan negeri terus digantung serta tidak mengadakan PRN12. “Maka dalam membuat keputusan kita perlu berhati-hati dan sentiasa berhubung dengan Kementerian Kesihatan dan pemegang taruh yang lain bagi memastikan…

Read More

Kadar kebolehjangkitan kekal 0.94

PUTRAJAYA 4 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia kekal pada kadar 0.94 semalam, dua hari berturut-turut. Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan 1.11. Ini diikuti Negeri Sembilan 1.02, Selangor 1.01, Perlis 1.01, Melaka 1.01, Kedah 0.99, Pahang 0.99, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.99 dan Sabah 0.98. Enam negeri mencatatkan nilai R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Kelantan 0.93, Pulau Pinang 0.91, Sarawak 0.88, Johor 0.88, Terengganu 0.86, dan Perak 0.84. Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan 19 kes. Kadar kebolehjangkitan terendah yang…

Read More

95.8 peratus terima dua dos

PUTRAJAYA 5 Nov. – Sebanyak 95.8 peratus atau 22,417,059 individu daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat malam tadi.. Berdasarkan data portal COVIDNOW, 97.8 peratus atau 22,893,173 populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Di samping itu, seramai 24,625,458 individu atau 75.4 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19. Kira-kira 78.1 peratus atau 25,516,476 daripada populasi keseluruhan pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja pula, seramai 2,208,399 individu atau 70.2 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,623,303 individu atau 83.4 peratus mendapat…

Read More