95.8 peratus terima dua dos

PUTRAJAYA 5 Nov. – Sebanyak 95.8 peratus atau 22,417,059 individu daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat malam tadi..

Berdasarkan data portal COVIDNOW, 97.8 peratus atau 22,893,173 populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Di samping itu, seramai 24,625,458 individu atau 75.4 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Kira-kira 78.1 peratus atau 25,516,476 daripada populasi keseluruhan pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,208,399 individu atau 70.2 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,623,303 individu atau 83.4 peratus mendapat satu dos.

Sementara itu, Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sabah mencatatkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 50,462,307 dos.

Related posts

Leave a Comment