1,767 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 5 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 1,767 kes baharu jangkitan Covid-19 di Singapura setakat pukul 12.00 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 212,745 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,639 adalah kes dalam kalangan masyarakat, lapan kes import, dan 120 kes baharu di asrama pekerja asing.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 468 orang apabila sembilan lagi individu meninggal dunia melibatkan mereka yang berumur antara 67 dan 85 tahun dan semuanya juga menghidap penyakit sedia ada.

MoH juga memaklumkan 282 pesakit memerlukan sokongan oksigen di wad biasa, 70 tidak stabil dan dipantau rapi di ICU dan 70 dalam keadaan tenat.

Related posts

Leave a Comment