Kes harian Filipina 2,376 kes

MANILA 5 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 2,376 kes baharu Covid-19 meningkat berbanding 1,766 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,797,986.

Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 2,109 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 2,716,524 kes pulih atau 97.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Dalam tempoh yang sama, jumlah kematian meningkat kepada 44,085 orang termasuk 260 lagi yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Kes aktif pula sebanyak 37,377 meningkat daripada 37,159 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment