Kadar kebolehjangkitan kekal 0.94

PUTRAJAYA 4 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia kekal pada kadar 0.94 semalam, dua hari berturut-turut.

Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan 1.11.

Ini diikuti Negeri Sembilan 1.02, Selangor 1.01, Perlis 1.01, Melaka 1.01, Kedah 0.99, Pahang 0.99, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.99 dan Sabah 0.98.

Enam negeri mencatatkan nilai R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu

Kelantan 0.93, Pulau Pinang 0.91, Sarawak 0.88, Johor 0.88, Terengganu 0.86, dan Perak 0.84.

Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan 19 kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment