49 kes, satu kematian di Arab Saudi

RIYADH 3 Nov. – Arab Saudi merekodkan 49 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 548,760. Dalam tempoh yang sama, jumlah kematian pula meningkat kepada 8,799 orang selepas seorang lagi meninggal dunia akibat Covid-19. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 37 orang dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 537,690 orang. Sementara itu, 54 kes aktif dalam keadaan kritikal.

Read More

Proklamasi Darurat Sarawak tamat

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang ditangguhkan sebelum ini semakin hampir selepas Proklamasi Darurat di negeri itu ditamatkan. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan penamatan itu selaras dengan Perkara 40 dan 40 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Menurut Pemangku Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara,  Azuan Effendy Zairakithnaini, berdasarkan Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021, Proklamasi Darurat boleh ditamatkan lebih awal oleh Seri Paduka Baginda setelah berunding dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak. Dalam kenyataannya hari ini, .Azuan Effendy berkata perkenan…

Read More

Covid-19 : Ivermectin tidak disyorkan

PUTRAJAYA 3 Nov. – Ivermectin tidak disyorkan untuk dimasukkan ke dalam garis panduan rawatan Covid-19 sedia ada kerana penggunaan ubat antiparasit itu didapati tidak mengurangkan risiko penyakit Covid-19 tahap teruk. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dikeluarkan susulan hasil dapatan kajian Ivermectin (I-TECH) ke atas 500 pesakit Covid-19 melibatkan kategori 2 atau 3. Kajian klinikal open-label randomised trial tersebut menilai keberkesanan rawatan lima hari Ivermectin (0.4mg/kg/hari) berserta penjagaan standard (kumpulan IVM). Ia berbanding dengan hanya penjagaan standard (kumpulan standard of care – SOC) yang…

Read More

7,679 kes baharu Thailand

BANGKOK 3 Nov. – Sebanyak 7,679 kes baharu Covid-19 direkodkan dengan 56 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 1,935,442 kes dan 19,394 orang meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, terdapat 7,143 kes melibatkan penduduk awam termasuk tujuh kes import dan 536 banduan. Semalam Thailand merekodkan 7,574 kes dan 78 kematian dengan 8,482 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital. Sejak 1 April, ketika gelombang ketiga, Covid-19, Thailand merekodkan 1,906,579 pesakit Covid-19 di mana 1,791,037 sembuh dan 19,300 meninggal dunia. Manakala sejak pandemik bermula awal tahun lalu, terdapat…

Read More

Malaysia catat 5,291 kes baharu

PUTRAJAYA 3Nov. – Kementerian Kesihatan merekodkan sejumlah 5,291 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara sebanyak 2,486,630. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia mencatatkan sedikit peningkatan berbanding Selasa dengan sejumlah 5,071 kes baharu direkodkan. Daripada jumlah kes itu, sebanyak tujuh kes import dilaporkan yang meliputi empat warganegara dan tiga bukan warganegara) manakala 5,284 kes tempatan melibatkan 4,998 warganegara (94.6%) dan 286 bukan warganegara (5.4%)]. Daripada jumlah kes harian yang disahkan, hanya 1.4 peratus atau 75 kes melibatkan pesakit kategori 3,…

Read More

1,591 kes baharu Filipina

MANILA 3 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,591 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,793,898. Sehingga pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 43,586 orang selepas 186 lagi dilaporkan meninggal dunia. DoH juga merekodkan 4,294 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,712,298 orang pulih atau 97.1 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula turun kepada 38,014, berbanding 40,786 yang dilaporkan semalam.

Read More

Brunei lapor 125 kes baharu

BERAKAS 3 Nov. – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 125 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 13,446 kes. Menteri Kesihatan  Dr Md Isham Jaafar berkata, terdapat 52 tambahan kes baharu yang melibatkan enam kluster aktif sedia ada, pada hari ini, yang merupakan kontak-kontak terdekat bersama beberapa kes positif sebelumnya. Tujuh kluster baharu direkodkan termasuk empat kluster asrama pekerja yang mengesan 31 kes. Dua kluster ditutup iaitu Kluster 6602 dan Kluster 7481 selepas tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari menjadikan jumlah kluster aktif ketika ini 176. Dalam…

Read More

3,496 kes harian Singapura

SINGAPURA 3 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura melaporkan 3,496 kes baharu jangkitan Covid-19  setakat tengah hari semalam berbanding 3,352 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 204,340 kes. Terdapat 3,352 kes dalam masyarakat dan tiga kes import manakala 141 kes baharu asrama pekerja asing Bagi tempoh yang sama, jumlah kematian pula meningkat kepada 430 orang apabila sembilan lagi pesakit meninggal dunia kerana komplikasi Covid-19. Kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara 53 hingga 93 tahun dan kesemua pesakit, kecuali dua belum divaksin serta mempunyai sejarah penyakit sedia ada. Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan…

Read More

Kadar kebolehjangkitan turun 0.95

PUTRAJAYA 3 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt di Malaysia kembali turun kepada 0.95 semalam sama seperti 31 Oktober lalu berbanding 0.96 pada 1 November. Lapan negeri negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan sama atau melebihi purata kebangsaan didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perlis yang masing-masing merekodkan kadar 1.05. Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.01, Melaka 1.00 dan Negeri Sembilan 1.00 manakala Selangor 0.98,  Kedah 0.97 dan Pahang 0.96. Tujuh negeri mencatatkan nilai R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Sabah 0.94, Terengganu 0.91, Kelantan 0.91, Pulau Pinang 0.90, Sarawak 0.87,…

Read More