5,675 kes baharu di Filipina

MANILA 10 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 5,675 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,467,119 kes.

Setakat pukul 4 petang, sebanyak 96 pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 25,816 kematian.

Pada masa yang sama, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 1,391,335 orang atau 94.8 peratus termasuk 7,552 yang dilaporkan sembuh hari ini.

Sebanyak 49,968 kes aktif dilaporkan atau 3.4 peratus.

Related posts

Leave a Comment