Malaysia catat 5,291 kes baharu

PUTRAJAYA 3Nov. – Kementerian Kesihatan merekodkan sejumlah 5,291 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara sebanyak 2,486,630.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia mencatatkan sedikit peningkatan berbanding Selasa dengan sejumlah 5,071 kes baharu direkodkan.

Daripada jumlah kes itu, sebanyak tujuh kes import dilaporkan yang meliputi empat warganegara dan tiga bukan warganegara) manakala 5,284 kes tempatan melibatkan 4,998 warganegara (94.6%) dan 286 bukan warganegara (5.4%)].

Daripada jumlah kes harian yang disahkan, hanya 1.4 peratus atau 75 kes melibatkan pesakit kategori 3, 4 dan 5 sementara 5,216 kes (98.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Bagaimanapun, rekod kes sembuh pada Rabu dilapor lebih rendah berbanding kes positif dengan pertambahan 4,947 kes.

Ketika ini, seramai 545 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 286 daripada memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu,  70 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah korban dalam negara meningkat kepada 29,045.

Sejumlah tujuh lagi kluster baharu disahkan pada Rabu, menjadikan kluster masih aktif kini sebanyak 390.

Related posts

Leave a Comment