IPU tidak sihat di 38 kawasan

PUTRAJAYA 14 Sept . – Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada tahap tidak sihat di 38 kawasan setakat pukul 1 tengah hari ini.

Johan Setia mencatatkan bacaan IPU tidak sihat tertinggi iaitu 186, diikuti Serian (181), Cheras (175), Nilai (173), Shah Alam dan Tangkak, masing-masing (171), Putrajaya dan Seremban, masing-masing (170), Pasir Gudang (168).

Batu Muda dan Indera Mahkota Kuantan, masing-masing (165), Klang, Alor Gajah, Larkin serta Kota Tinggi, masing-masing (164), Tanjung Malim, Bukit Rambai dan Batu Pahat pula mencatatkan bacaan 162, diikuti 161 di Pengerang.

Kuala Selangor, Banting, Temerloh dan Kemaman masing-masing merekodkan bacaan 160, Jerantut dan Samarahan (159), Seri Manjung dan Paka, masing-masing (158), Port Dickson (156), Kuala Terengganu (155), Balik Pulau, Tasek Ipoh dan Rompin, masing-masing (154), Sungai Petani merekodkan 152, Kuching (149), Minden (145) serta Kluang (133).

Setakat pukul 1 tengah hari ini juga menunjukkan, 30 lokasi merekodkan IPU tahap sederhana.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Related posts

Leave a Comment