3,496 kes harian Singapura

SINGAPURA 3 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura melaporkan 3,496 kes baharu jangkitan Covid-19  setakat tengah hari semalam berbanding 3,352 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 204,340 kes.

Terdapat 3,352 kes dalam masyarakat dan tiga kes import manakala 141 kes baharu asrama pekerja asing

Bagi tempoh yang sama, jumlah kematian pula meningkat kepada 430 orang apabila sembilan lagi pesakit meninggal dunia kerana komplikasi Covid-19.

Kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara 53 hingga 93 tahun dan kesemua pesakit, kecuali dua belum divaksin serta mempunyai sejarah penyakit sedia ada.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah sebanyak 1.09, meningkat daripada 1.05 pada Isnin.

Menurut MoH, kadar itu merujuk kepada nisbah kes masyarakat dalam minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang melebihi angka satu menunjukkan jumlah kes Covid-19 baharu masih lagi meningkat

Sebanyak 1,710 pesakit dimasukkan ke hospital di mana 308 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 74 pesakit tidak stabil dan dipantau rapi di ICU manakala 64 sakit tenat dan perlu intubasi di ICU.

MoH memaklumkan, keseluruhan kadar penggunaan ICU adalah 72.7 peratus

Bagi kes sembuh, sebanyak 3,006 kes dibenarkan pulang dengan 472 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

Mengenai vaksinasi, setakat ini, sebanyak 84 peratus lengkap divaksin dua dos, 85 peratus menerima satu dos dan 16 peratus disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment