RIYADH 3 Nov. – Arab Saudi merekodkan 49 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 548,760.
Dalam tempoh yang sama, jumlah kematian pula meningkat kepada 8,799 orang selepas seorang lagi meninggal dunia akibat Covid-19.
Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 37 orang dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 537,690 orang.
Sementara itu, 54 kes aktif dalam keadaan kritikal.
