PUTRAJAYA 3 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt di Malaysia kembali turun kepada 0.95 semalam sama seperti 31 Oktober lalu berbanding 0.96 pada 1 November.
Lapan negeri negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan sama atau melebihi purata kebangsaan didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perlis yang masing-masing merekodkan kadar 1.05.
Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.01, Melaka 1.00 dan Negeri Sembilan 1.00 manakala Selangor 0.98, Kedah 0.97 dan Pahang 0.96.
Tujuh negeri mencatatkan nilai R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Sabah 0.94, Terengganu 0.91, Kelantan 0.91, Pulau Pinang 0.90, Sarawak 0.87, Johor dan Perak masing-masing 0.86.
Wilayah Persekutuan Labuan tidak merekodkan sebarang kes.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
