244 juta kes, hampir 5 juta kematian

WASHINGTON: Jumlah terkumpul kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 244 juta, selepas lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu, demikian data terkini Universiti Johns Hopkins.

Amerika Syarikat (AS) masih mendahului negara lain dengan 45 juta kes diikuti  India  lebih 34 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.7 juta kes.

Britain mencatatkan lebih 8.8 juta kes, manakala Rusia turut memasuki kumpulan negara yang melaporkan lebih 8 juta kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului  dengan lebih 4.2 juta kes diikuti Filipina yang mencatatkan lebih 2.7 juta kes, Malaysia lebih 2.4 juta dan Thailand 1.8 juta manakala Singapura merekodkan lebih 179,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 kini semakin menghampiri 5 juta dengan AS mencatatkan jumlah kematian tertinggi melebihi 738,000 kes, menjadikan angka kematian global akibat virus itu kini 4.96 juta.

Ini diikuti dengan Brazil yang melaporkan lebih 605,000 kematian, India dengan lebih 455,000 kematian dan Mexico lebih 286,000 kematian.

Di Asia Tenggara, Indonesia mencatatkan 143,000 kematian, disusuli Filipina yang melaporkan lebih 42,000 kematian dan Malaysia dengan lebih 28,000 kematian.

Related posts

Leave a Comment