Sekatan semula di Belgium Jumaat ini

SELEPAS beberapa minggu melonggar sekatan, Belgium mulai Jumaat ini akan mengenakan semula beberapa sekatan pandemik berikutan peningkatan jangkitan kes harian Covid-19 dan kemasukan ke hospital.

Perdana Menteri Alexander De Croo berkata, pemakaian pelitup muka akan dikenakan di tempat awam dan menjadi mandatori untuk kakitangan di bar, restoran dan kelab kecergasan.

“Jelas sekali,  memakai pelitup muka bukanlah perkara menyenangkan, tetapi ia alat yang sangat berguna dan cekap untuk mencegah penularan virus apabila berada di dalam tempat tertutup, lebih-lebih lagi jika pengudaraan tidak baik,” katanya.

Beliau berkata tindakan berkenaan tidak begitu drastik seperti sebelum ini kerana  8.5 juta rakyat Belgium telah menerima vaksin penuh.

Kes harian di negara dengan 11 juta penduduk itu naik 75 peratus dengan 5,299 kes sepanjang minggu lalu manakala kemasukan ke hospital naik 69 peratus dengan 102 kes harian dan purata 13 kematian sehari.

Menurut De Croo pas Covid-19 perlu ditunjukkan untuk memasuki tempat tertentu bagi membuktikan sama ada sudah lengkap vaksinasi, menjalani ujian negatif atau pulih dari Covid-19.

Beliau menarik perhatian pada tahun lalu dalam situasi seperti hari ini, beberapa aktiviti terpaksa ditutup.

Related posts

Leave a Comment