PUTRAJAYA 28 Okt. – Semua penjawat awam diingatkan supaya melengkapkan vaksinasi Covid-19 masing-masing sebelum 1 November ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Mohd Khairul Adib Abd Rahman. Beliau berkata, ketika ini, kelompok penjawat awam di seluruh negara yang belum mendaftar untuk divaksin adalah kecil berbanding majoriti yang telah melengkapkan vaksinasi mereka. Bagaimanapun katanya, keengganan kelompok kecil itu tetap memberi implikasi terhadap program vaksinasi kerajaan dan menggambarkan imej negatif penjawat awam secara keseluruhan, selain menjejaskan penyampaian perkhidmatan. “Penjawat awam seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab dalam menyokong usaha kerajaan dan memberi keyakinan kepada…
Read MoreMonth: October 2021
Kes harian di Thailand meningkat
BANGKOK 28 Okt. – Angka jangkitan Covid-19 di Thailand menunjukkan peningkatan hari ini apabila merekodkan 9,658 kes dan 84 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 1,884,973 kes dan 19,006 meninggal dunia. Semalam, Thailand merekodkan 8,452 kes dan 57 kematian dan pada hari sebelumnya 7,786 kes dan 66 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 9,440 kes dalam kalangan penduduk awam termasuk 11 kes import serta 218 kes lagi berkaitan banduan. Kes kematian melibatkan individu berusia 27 dan 99 tahun termasuk dua warganegara Myanmar. Bangkok merekodkan lapan kematian manakala Samut Prakan (5), Pathum Thani…
Read More94.9 peratus lengkap vaksinasi
PUTRAJAYA 28 Okt. – Sebanyak 24,165,940 atau 94.9 peratus kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi. Sejumlah 97.6 peratus atau 25,431,328 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sejumlah 147,242 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam membabitkan 123,182 suntikan dos lengkap, 18,493 menerima suntikan dos pertama manakala 5,567 menerima dos penggalak (booster) menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 49,581,855. Jumlah kumulatif bagi penerima dos penggalak kini adalah 152,036. Setakat semalam juga,…
Read MoreKadar kebolehjangkitan naik 0.94
PUTRAJAYA 27 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan kadar 0.94 berbanding 0.91 pada hari sebelumnya. Bagaimanapun lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Negeri Sembilan 1.02 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 1.00. Ini diikuti Melaka dengan 0.98, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.96 dan Selangor 0.95. Sepuluh negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Sabah 0.92, Kedah 0.92, Johor 0.89, Pahang 0.87, Perlis 0.87, Pulau Pinang 0.87, Kelantan 0.86, Terengganu 0.86, Perak 0.85 dan Sarawak 0.84. Wilayah Persekutuan…
Read MoreKematian harian meningkat
PUTRAJAYA 28 Okt. – Angka kematian harian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini, mencatatkan sedikit peningkatan apabila 98 kes direkodkan pada Rabu berbanding 84, pada hari sebelumnya. Data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal COVIDNOW menunjukkan daripada jumlah itu, 32 kes membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). Setakat semalam, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 mencecah 28,674 manakala jumlah keseluruhan kes BID pula meningkat kepada 5,803. Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) terus mencatat penurunan sejak awal September lalu. Terdapat 562 kes aktif di ICU seluruh…
Read MoreSingapura catat peningkatan luar biasa
SINGAPURA 28 Okt. – Angka kes jangkitan harian Covid-19 di Singapura melonjak melebihi 5,000 kes apabila Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,324 kes setakat pukul 12 tengah hari semalam. Peningkatan luar biasa itu mengatasi jumlah kes harian yang direkodkan kelmarin (Selasa) iaitu 3,277 dan 3,994 kes pada 19 Oktober lalu. Pada masa yang sama sebanyak 10 lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh jangkitan virus itu dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian Covid-19 meningkat kepada 349 orang. Menurut MoH, bagi kes jangkitan pula, setakat semalam Singapura merekodkan 184,419 kes. Dalam…
Read MoreSuntikan vaksin meningkat di Ukraine
KIEV: Rakyat Ukraine berpusu-pusu ke pusat pemberian vaksin mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 berikutan sekatan baharu kerajaan yang mewajibkan vaksin baru-baru ini. Berikutan itu, lebih 1.6 juta suntikan diberikan minggu ini berbanding 906,000 suntikan minggu sebelumnya. Ukraine menguatkuasakan pendekatan anti-Covid-19 baharu dalam usaha mengekang lonjakan kes positif dan kematian. Kakitangan dan pelawat di tempat awam termasuk pawagam dan gimnasium di beberapa wilayah yang terjejas teruk wajib mendapatkan vaksin dan langkah itu diperluaskan kepada tujuh lagi wilayah pada Sabtu. Datuk Bandar Kiev dan bekas juara tinju, Vitali Klitschko menggesa penduduk untuk mendapatkan…
Read More6.88 bilion dos didaftar
LEBIH 6.88 bilion dos vaksin Covid-19 telah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini (28 Okt.), demikian menurut data Johns Hopkins University. China mendahului dengan lebih 2.25 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti India lebih satu bilion dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 414 juta dos vaksin. Brazil mencatat lebih 271 juta dos, Jepun melebihi 186 juta manakala Turki, Jerman dan Mexico mencatat angka melepasi 100 juta dos. Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 186 juta dos diikuti Thailand melebihi 72 juta manakala Filipina 56 juta, Malaysia melebihi…
Read MoreBerita pilihan..
WHO kaji peningkatan semula kes
GENEVA: Berikutan peningkatan semula kes Covid-19 di seluruh dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang menjejaki dengan teliti subvarian Delta bagi menentukan sama ada ia lebih mudah berjangkit berbanding strain asal. Di samping itu, WHO turut mengkaji sama ada manusia lebih berdaya tahan terhadap subvarian dikenali AY.4.2, yang dikesan di sekurang-kurangnya 42 negara. WHO dalam kemas kini epidemiologi mingguannya berkata, peningkatan dalam urutan AY.4.2 diperhatikan sejak Julai lalu. “Kajian epidemiologi dan makmal sedang dijalankan untuk melihat sama ada terdapat perubahan dalam penularan varian atau penurunan keupayaan antibodi manusia untuk menyekat virus…
Read More