Kes harian di Thailand meningkat

BANGKOK 28 Okt. – Angka jangkitan Covid-19 di Thailand menunjukkan peningkatan hari ini apabila merekodkan 9,658 kes dan 84 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 1,884,973 kes dan 19,006 meninggal dunia.

Semalam, Thailand merekodkan 8,452 kes dan 57 kematian dan pada hari sebelumnya 7,786 kes dan 66 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 9,440 kes dalam kalangan penduduk awam termasuk 11 kes import serta 218 kes lagi berkaitan banduan.

Kes kematian melibatkan individu berusia 27 dan 99 tahun termasuk dua warganegara Myanmar.

Bangkok merekodkan lapan kematian manakala Samut Prakan (5), Pathum Thani (3), Nakhon Pathom (1) dan Samut Sakhon (1).

Di wilayah Selatan sebanyak 28 kematian direkodkan iaitu Nakhon Si Thammarat (11), Pattani (6), Yala (3), Phangnga (2), Krabi (2), Phuket (1), Chumphon (1), Narathiwat (1) and Satun (1).

Bangkok merekodkan kes harian tertinggi dengan 845 kes diikuti Songkhla 677, Nakhon Si Thammarat 612, Yala 496, Chon Buri 375, Pattani 369, Samut Prakan dan Chiang Mai masing-masing 356, Narathiwat 327 dan Prachuap Khiri Khan 280.

Sebanyak 11 kes import pula melibatkan ketibaan dari Belgium (1), Rusia (3), Myanmar (1), Kemboja (2) dan Laos (4).

Sehingga semalam, sebanyak 99,144 orang menerima rawatan Covid-19 di hospital termasuk 2,281 pesakityang serius dan 526 bergantung kepada bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment