Delta AY.4.2 pertama di Singapura

SINGAPURA 29 Okt. – Kementerian Kesihatan memberi jaminan tiada bukti menunjukkan terdapat penularan dalam masyarakat berpunca daripada kes berkaitan varian mutasi Delta, AY.4.2. Ketika memberi jaminan itu, MoH mengesahkan jangkitan varian mutasi Delta, AY.4.2 yang pertama, itu adalah dari satu kes import yang tiba pada 26 Oktober lalu. Menurut MoH, walaupun kajian masih dijalankan, mutasi khusus itu dijangka serupa dengan varian Delta dari segi penularannya dan tahap serius penyakit. Varian mutasi AY.4.2 sekarang dianggap oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai varian mempunyai kepentingan dan bukan varian membimbangkan. Sejauh ini, kes…

Read More

Kadar kebolehjangkitan terus naik

PUTRAJAYA 29 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan trend peningkatan selama lima hari berturut-turut. Semalam,  Khamis, angka itu meningkat kepada 0.95 berbanding 0.94 pada hari sebelumnya. Lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Negeri Sembilan yang mencatatkan 1.04. Ini diikuti Kuala Lumpur dengan 0.99, Putrajaya 0.98, Melaka 0.98 dan Selangor menyamai dengan kadar 0.95. Sepuluh negeri mencatatkan nilai R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Kedah  0.93, Sabah 0.93, Pahang 0.90, Johor 0.89, Perlis 0.89, Perak 0.86, Terengganu 0.86, Pulau Pinang 0.86, Kelantan 0.85 dan Sarawak…

Read More

95 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 29 Okt. – Sebanyak 95 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah 28,769 kes, iaitu 1.17 peratus daripada 2,449,463 kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini. Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia di portal COVIDNOW, sejumlah 24 daripada 95 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses yang mengambil masa bagi mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut.…

Read More

Pfizer bagi kanak-kanak 5 – 12

PUTRAJAYA 29 Okt. – Malaysia akan meneruskan pemerolehan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Katanya, pilihan vaksin lain seperti Sinovac juga akan diberi pertimbangan untuk pemberian vaksin terhadap golongan tersebut. Setakat ini 82.4 peratus daripada remaja (12-17 tahun) telah diberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 62 peratus telah lengkap dua dos. “Dengan Panel Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat mengesyorkan vaksin Pfizer untuk 5 hingga 12 tahun, Malaysia juga akan meneruskan pemerolehan Pfizer untuk kanak-kanak,” katanya melalui ciapan di laman…

Read More

Indonesia catat 723 kes baharu

JAKARTA 28 Okt. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Indonesia hari ini meningkat sedikit kepada 723 berbanding 719 semalam dan 611 pada 26 Oktober. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik bermula meningkat kepada 4,242,532 dengan kes aktif pula 12,440 Kes sembuh pula sebanyak 984 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,086,759 orang pulih manakala 34 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif kematian 143,333 otrang. Lima wilayah yang merekodkan pertambahan kes adalah Jakarta 131 dan jumlah kumulatifnya 861,235, diikuti Jawa Barat 111 ( 705.430 ), Jawa Tengah 88 (484.918 ),…

Read More

Varian Delta di semua negeri

PUTRAJAYA 28 Okt. –  Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 261 kes Covid-19 yang dijangkiti varian membimbangkan (VOC), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya,  varian yang dikesan itu ialah 259 kes dijangkiti varian Delta (B.1.617.2) dan dua lagi adalah varian Beta (B.1.351). Varian berkenaan berjaya dikesan hasil kajian secara berterusan dilakukan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Genom Malaysia (MGI). Selain itu, ia turut dibantu Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre Universiti Malaya (TIDREC-UM) dan Fakuliti Perubatan Universiti Malaya…

Read More

Malaysia catat 6,377 kes baharu

PUTRAJAYA 28 Okt. – Kes Covid-19 hari ini mencatatkan pertambahan sebanyak 6,377 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam, meningkat sedikit berbanding 6,148 kes semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik melanda negara ini adalah sebanyak 2,454,749 kes. Menurut perkongsian data COVIDNOW, setakat semalam kadar kematian merekodkan pertambahan sebanyak 98 kes termasuk 32 kes Brought In Dead (BID). Unit rawatan rapi (ICU) setakat ini menempatkan seramai 564 pesakit dan daripada jumlah itu, 294 kes memerlukan bantuan pernafasan. Manakala kes sembuh hari ini adalah sebanyak 6,637 kes sekaligus angka kumulatif…

Read More

Hanya sekali peluang ke Raudhah

MADINAH: Dalam tempoh 30 hari, hanya sekali peluang untuk jemaah umrah melawat Raudhah bagi tujuan bersolat atau menziarahi Makam Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi. Ini berikutan keputusan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melaksanakan semula syarat menunggu 30 hari (selepas slot pertama) sebelum boleh mendapatkan semula peluang untuk melawat Raudhah. Menurut media sosial Haramain Sharafin semalam (27 Okt), peraturan tidak membenarkan tempahan lebih daripada satu slot untuk ke makam nabi itu, adalah berikutan lonjakan permintaan. Jemaah tidak boleh menempah permit slot ziarah ke Raudah jika sudah berbuat demikian menerusi…

Read More