Kadar kebolehjangkitan naik 0.94

PUTRAJAYA 27 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan kadar 0.94 berbanding 0.91 pada hari sebelumnya.

Bagaimanapun lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Negeri Sembilan 1.02 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 1.00.

Ini diikuti Melaka dengan 0.98, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.96 dan Selangor 0.95.

Sepuluh negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Sabah 0.92, Kedah 0.92, Johor 0.89, Pahang 0.87, Perlis 0.87, Pulau Pinang 0.87, Kelantan 0.86, Terengganu 0.86, Perak 0.85 dan Sarawak 0.84.

Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan enam kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment