6.88 bilion dos didaftar

LEBIH 6.88 bilion dos vaksin Covid-19 telah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini (28 Okt.), demikian menurut data Johns Hopkins University.

China mendahului dengan lebih 2.25 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti India lebih satu bilion dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 414 juta dos vaksin.

Brazil mencatat lebih 271 juta dos, Jepun melebihi 186 juta manakala Turki, Jerman dan Mexico mencatat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 186 juta dos diikuti Thailand melebihi 72 juta manakala Filipina 56 juta, Malaysia melebihi 49 juta dan Singapura melebihi 10 juta dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment