Varian Delta di semua negeri

PUTRAJAYA 28 Okt. –  Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 261 kes Covid-19 yang dijangkiti varian membimbangkan (VOC), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya,  varian yang dikesan itu ialah 259 kes dijangkiti varian Delta (B.1.617.2) dan dua lagi adalah varian Beta (B.1.351).

Varian berkenaan berjaya dikesan hasil kajian secara berterusan dilakukan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Genom Malaysia (MGI).

Selain itu, ia turut dibantu Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre Universiti Malaya (TIDREC-UM) dan Fakuliti Perubatan Universiti Malaya (FOM-UM).

FOM-UM mengenal pasti 72 kes yang semuanya adalah varian Delta, IMR (55 kes varian Delta), iPROMISE-UiTM (46 kes varian Delta), MGI (45 kes varian Delta dan satu Beta) serta TIDREC-UM (41 varian Delta dan satu Beta).

Bagi varian Delta, ia dikesan di semua negeri, tertinggi di Selangor dengan 72 kes, Pulau Pinang (33), Kedah (29), Perak (26), Kelantan (23), Terengganu (19), Sabah (18), Johor (15), Pahang (11), Kuala Lumpur (6), masing-masing tiga di Perlis dan Labuan serta satu di Putrajaya.

Bagi dua varian Beta, masing-masing satu kes dikesan di Selangor dan Kelantan.

Dr Noor Hisham berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 2,645 kes.

Daripada jumlah dinyatakan itu, sebanyak 2,625 kes adalah VOC dengan 20 kes merangkumi VOI.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini 2,385 kes Covid-19 mempunyai varian Delta, Beta (226), Alpha (14).

Bagi varian VOI pula, ia membabitkan varian Theta (13 kes), Kappa (empat) dan Eta (tiga).

Related posts

Leave a Comment