Indonesia catat 723 kes baharu

JAKARTA 28 Okt. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Indonesia hari ini meningkat sedikit kepada 723 berbanding 719 semalam dan 611 pada 26 Oktober.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik bermula meningkat kepada 4,242,532 dengan kes aktif pula 12,440

Kes sembuh pula sebanyak 984 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,086,759 orang pulih manakala 34 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif kematian 143,333 otrang.

Lima wilayah yang merekodkan pertambahan kes adalah Jakarta 131 dan jumlah kumulatifnya 861,235, diikuti Jawa Barat 111 ( 705.430 ), Jawa Tengah 88 (484.918 ), Jawa Timur 71 ( 398.076 ) serta Yogyakarta 30 ( 155.759 ).

Bagi kes sembuh, Provinsi Lampung menambah 136 orang dan kumulatifnya 44.905 orang, diikuti Jawa Barat 97 ( 689.538 ), Papua 86 (31.926), Jakarta 79 (846.718 ) dan Jawa Tengah 76 kes dengan kumulatifnya  452.828 kes.

Jawa Tengah pula merekodkan enam kematian dengan jumlah kumulatif 30,114,

diikuti Jawa Timur lima kes  (29.608), Jawa Barat lima kes (14.693), Bangka Belitung tiga kes (1,443) dan Yogyakarta dua kes dan kumulatifnya 5,247.

Sementara itu, bagi program vaksinasi, sebanyak 70.113.618 orang telah mendapat vaksinasi kedua sementara penerima vaksin pertama bertambah sebanyak 1.177.757 orang dengan jumlahnya melebihi angka 116 juta atau 116.620.281 orang.

Penerima vaksin ke-3 pula bertambah 3.483 orang dan kumulatifnya melebihi 1 juta  atau 1.116.822 orang.

Related posts

Leave a Comment