Tedros calon tunggal ketuai WHO

GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, kekal menjadi calon tunggal untuk terus mengetuai agensi itu, selepas penggalnya berakhir pada Ogos 2022. Menurut WHO, Tedros , bekas Menteri Kesihatan dan Luar Ethiopia berusia 56 tahun itu mendapat sokongan 28 negara, termasuk Perancis, Jerman, Indonesia, Belanda dan Sepanyol. Beliau dipilih pada tahun 2017 dan menjadi warga Afrika pertama mengetuai agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Beliau menjadi wajah WHO sejak permulaan pandemik Covid-19 dan popular kerana peranannya dalam mengemudi usaha pertubuhan bagi penyelarasan tindak balas pandemik.…

Read More

Singapura lapor 4,248 kes baharu

SINGAPURA 30 Okt. – Singapura melaporkan 4,248 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari semalam, peningkatan sebanyak 816 kes berbanding 3,432 kes pada hari sebelumnya manakala kematian pula 16 orang berbanding 15 sebelumnya. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dua kes import turut dilaporkan dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 192,099 kes dan 380 kematian. Pesakit yang meninggal dunia berusia antara 44 dengan 90 tahun, kesemuanya mempunyai pelbagai penyakit lain dan individu berusia 44 tahun yang meninggal dunia tidak divaksin terhadap Covid-19 Dalam kalangan kes semalam , 4,246 adalah jangkitan tempatan dengan 3,710…

Read More

Kadar kebolehjangkitan kekal

PUTRAJAYA 30 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt  di Malaysia kekal dengan kadar 0.95 semalam, sama seperti hari sebelumnya. Enam negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Negeri Sembilan yang mencatatkan 1.04. Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang masing-masing merekodkan 1.00. Melaka merekodkan 0.98 sama seperti sebelumnya dan Selangor 0.97 dan Kedah sama seperti purata kebangsaan iaitu 0.95. Lapan negeri mencatatkan nilai R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Sabah 0.93, Pahang 0.92, Johor 0.88, Perak 0.88, Terengganu 0.86, Pulau Pinang 0.86, Kelantan 0.85…

Read More

USFDA lulus Pfizer untuk kanak-kanak

BADAN Kawal Selia Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (USFDA) meluluskan penggunaan vaksin jenis Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia 5 ke 11 tahun. Kelulusan ini diberikan selepas pakar penasihat USFDA sebulat suara menyarankan penggunaan vaksin Pfizer dan ini bermakna kira-kira 28 juta kanak-kanak di negara itu, yang sebahagian besarnya sudah kembali ke sekolah, akan divaksin. USFDA meluluskan penggunaan dos 10 mikrogram bagi kanak-kanak, berbanding 30 mikrogram bagi kumpulan umur 12 tahun dan ke atas. Pfizer-BioNTech sebelum ini mendakwa kajian klinikal bagi usia 5 ke 11 tahun menunjukkan vaksin keluarannya mempunyai keberkesanan 90.7…

Read More

Pelawat perlu buktikan vaksinasi

SINGAPURA 30 Okt. – Pelawat yang berkunjung ke Singapura perlu memuat turun aplikasi TraceTogether dan membuat pendaftaran menggunakan nombor pasport mereka bagi memudahkan perjalanan di negara itu. Aplikasi itu membolehkan pelawat membuktikan vaksinasi dan memasuki tempat seperti hotel, pusat beli-belah, restoran dan daya tarikan pelancong – atau mana-mana tempat di bawah langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi. Pelawat harus menunjukkan bukti vaksinasi kepada pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di pusat pelepasan imigresen pada ketibaan. Bukti vaksinasi itu harus disediakan dalam bentuk dokumen vaksinasi yang asli yang secara jelas…

Read More

63 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 30 Okt. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 63 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian 28,832 kes. Angka itu merupakan 1.17 peratus daripada 2,455,510 kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah lapan daripada 63 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses yang mengambil masa bagi mengesahkan sama ada pesakit…

Read More

Malaysia beli 88 juta dos ketiga

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Kerajaan menandatangani perjanjian perolehan bekalan pelalian meliputi 88 juta dos atau lebih 140 peratus daripada jumlah penduduk negara, kata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Katanya, bekalan vaksin berkenaan cukup untuk menampung pengagihan suntikan imunisasi asas dan pemberian dos ketiga untuk semua penduduk Malaysia berusia 12 tahun ke atas. Bagi memastikan ‘peperangan’ menentang pandemik berupaya diharungi, kerajaan bercadang untuk melaksanakan pembelian ubat antiviral yang didapati berkesan terhadap pelbagai jenis virus, termasuk Covid-19. Mengambil kira kepentingan sektor kesihatan awam, Bajet 2022 memperuntuk RM32.4 bilion kepada…

Read More

Bajet 2022 garis tiga fokus induk

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Bajet 2022 bernilai RM332.1 bilion dibentangkan di Dewan Rakyat petang ini dengan menggariskan tiga fokus induk yang merangkumi rakyat yang sejahtera, perniagaan berdaya tahan dan ekonomi makmur serta mampan. Bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ bajet itubbersandarkan tiga paksi utama, iaitu Memperkukuh Pemulihan, Membina Daya Tahan dan Memacu Pembaharuan, dibentangkan dengan jumlah RM332.1 bilion. Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika membentangkan dokumen penting itu di Dewan Rakyat petang ini, berkata, kerajaan bercadang membahagikan peruntukan belanjawan tahun depan kepada empat komponen utama. Ia meliputi belanja…

Read More