Malaysia catat 6,377 kes baharu

PUTRAJAYA 28 Okt. – Kes Covid-19 hari ini mencatatkan pertambahan sebanyak 6,377 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam, meningkat sedikit berbanding 6,148 kes semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik melanda negara ini adalah sebanyak 2,454,749 kes.

Menurut perkongsian data COVIDNOW, setakat semalam kadar kematian merekodkan pertambahan sebanyak 98 kes termasuk 32 kes Brought In Dead (BID).

Unit rawatan rapi (ICU) setakat ini menempatkan seramai 564 pesakit dan daripada jumlah itu, 294 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala kes sembuh hari ini adalah sebanyak 6,637 kes sekaligus angka kumulatif sembuh ialah 2,354,622.

Sebahagian besar daripada jumlah kes baharu bagaimanapun hanya melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.4 peratus.

Manakala selebihnya, 1.6 peratus atau bersamaan 101 kes adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5.

Sementara itu, lapan kluster baharu dikesan hari ini, membabitkan negeri Selangor, Pahang, Johor, Pulau Pinang, Labuan dan Kuala Lumpur.

Lima daripadanya adalah kluster tempat kerja, manakala bakinya adalah kluster institusi pendidikan, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi. 6,148

Related posts

Leave a Comment