Hanya sekali peluang ke Raudhah

MADINAH: Dalam tempoh 30 hari, hanya sekali peluang untuk jemaah umrah melawat Raudhah bagi tujuan bersolat atau menziarahi Makam Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi.

Ini berikutan keputusan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melaksanakan semula syarat menunggu 30 hari (selepas slot pertama) sebelum boleh mendapatkan semula peluang untuk melawat Raudhah.

Menurut media sosial Haramain Sharafin semalam (27 Okt), peraturan tidak membenarkan tempahan lebih daripada satu slot untuk ke makam nabi itu, adalah berikutan lonjakan permintaan.

Jemaah tidak boleh menempah permit slot ziarah ke Raudah jika sudah berbuat demikian menerusi aplikasi Etamarna, dan perlu menunggu 30 hari untuk menempah slot itu lagi menerusi aplikasi berkenaan.

Ini bermakna jika peraturan itu berkesan tiada lagi peluang untuk mengulangi ziarah dan solat di Raudhah seperti dilakukan jemaah sebelum ini.

Related posts

Leave a Comment