Kadar kebolehjangkitan terus naik

PUTRAJAYA 29 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan trend peningkatan selama lima hari berturut-turut.

Semalam,  Khamis, angka itu meningkat kepada 0.95 berbanding 0.94 pada hari sebelumnya.

Lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Negeri Sembilan yang mencatatkan 1.04.

Ini diikuti Kuala Lumpur dengan 0.99, Putrajaya 0.98, Melaka 0.98 dan Selangor menyamai dengan kadar 0.95.

Sepuluh negeri mencatatkan nilai R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Kedah  0.93, Sabah 0.93, Pahang 0.90, Johor 0.89, Perlis 0.89, Perak 0.86, Terengganu 0.86, Pulau Pinang 0.86, Kelantan 0.85 dan Sarawak 0.84.

Labuan merekodkan 12 kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment