Kadar kebolehjangkitan kekal

PUTRAJAYA 30 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt  di Malaysia kekal dengan kadar 0.95 semalam, sama seperti hari sebelumnya.

Enam negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Negeri Sembilan yang mencatatkan 1.04.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang masing-masing merekodkan 1.00.

Melaka merekodkan 0.98 sama seperti sebelumnya dan Selangor 0.97 dan Kedah sama seperti purata kebangsaan iaitu 0.95.

Lapan negeri mencatatkan nilai R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Sabah 0.93, Pahang 0.92, Johor 0.88, Perak 0.88, Terengganu 0.86, Pulau Pinang 0.86, Kelantan 0.85 dan Sarawak 0.83.

Labuan merekodkan 11 kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment