Pasukan petugas G20 hadapi wabak

ROM: Kumpulan G20 mewujudkan satu pasukan petugas khas yang akan meneroka pilihan untuk menggerakkan dana dalam meningkatkan kesiapsiagaan, pencegahan dan tindak balas wabak. Pada masa yang sama, Menteri Kewangan dan Kesihatan dari 20 ekonomi terbesar dunia itu akan mengambil tindakan bagi memastikan 70 peratus penduduk dunia mendapat vaksin Covid-19 menjelang pertengahan 2022., Bagi mencapai matlamat vaksinasi sekurang-kurangya 40 peratus penduduk dunia menjelang akhir 2021 dan 70 peratus pada pertengahan 2022, G20 akan membantu meningkatkan bekalan vaksin dan produk perubatan penting serta input di negara membangun. Matlamat sebelum ini adalah kadar…

Read More

44 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 31 Okt. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 44 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 28,876 kes. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, angka itu adalah 1.17 peratus daripada 2,461,351 kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini dan empat daripada 44 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit…

Read More

780 kes varian membimbangkan

KUCHING 30 Okt. – Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengesan 780 kes varian membimbangkan (VOC) daripada 782 kes positif Covid-19 di Sarawak setakat 8 Oktober lalu. Pengarah institut , Prof Dr David Perera berkata, semua VOC itu adalah daripada varian Delta (B.1.617.2) dan analisis lanjut menunjukkan garis kumpulan Delta yang dominan menular di negeri ini ialah sub-kumpulan AY.23. Sub-kumpulan varian Delta lain yang dikesan secara sporadik, termasuk AY.24 (masing-masing satu kes di Kuching, Miri dan Sibu), AY.33 (satu kes di Bintulu), AY.34 (satu kes di…

Read More

Malaysia catat 5,854 kes baharu

PUTRAJAYA 30 Okt. – Jumlah kes harian Covid-19 hari ini mencatatkan penurunan dengan 5,854 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu berbanding lebih 6,000 kes selama tiga hari berturut-turut. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan sejak pandemik bermula adalah sebanyak 2,466,663 kes. Untuk rekod, kali terakhir negara ini merekodkan kes bawah 6,000 kes ialah pada 26 Oktober lalu, dengan 5,726 kes. Di samping itu,  sejumlah 63 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 direkodkan setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan…

Read More

4,008 kes baharu di Filipina

MANILA 30 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 4,008 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,783,896 kes. Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 6,887 kes sembuh dilaporkan dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh meningkat kepada 2,693,162 orang atau 96.7 peratus daripada keseluruhan kes. Pada masa yang sama, 423 lagi individu meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kematian meningkat kepada 43,044 orang. Terdapat 47,690 kes aktif direkodkan berbanding 50,630 yang dilaporkan semalam.

Read More

Thailand rekod peningkatan kes

BANGKOK 30 Okt. – Thailand hari ini merekodkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 9,224 kes baharu iaitu pertambahan sebanyak 256 berbanding 8,968 kes yang dilaporkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah yang meninggal dunia juga meningkat apabila 88 kematian direkodkan berbanding 64 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif yang direkodkan Thailand setakat ini adalah 1,903,165 orang manakala kematian pula meningkat kepada 19,158 orang. Semalam, Jumaat, sebanyak 8,305 pesakit Covid-19 sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 1,783,875 orang. Kes kematian pula melibatkan mereka…

Read More

Warisan Sabah ‘hilang lagi kerusi’

KOTA KINABALU 30 Okt. – Parti Warisan Sabah (Warisan) ‘hilang’ satu lagi kerusi apabila Ahli Parlimen Lahad Datu, Mohamaddin Ketapi mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas di Dewan Rakyat. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama turut mengumumkan menjadi ADUN Bebas mesra kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Dewan Undangan Negeri (DUN). Mohamaddin pemimpin kedua Warisan meninggalkan parti pimpinan bekas Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal itu dalam bulan ini selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Dr Yusof Yacob pada 8 Oktober lalu. “Saya hanya…

Read More

Tonga catat kes pertama Covid-19

TONGA akhirnya mencatat jangkitan sulung Covid-19 yang dikesan pada seorang individu yang menjalani kuarantin selepas pulang ke Tonga melalui penerbangan dari New Zealand. Individu yang dikesan positif Covid-19 itu telah menerima suntikan kedua vaksin berkenaan pada pertengahan Oktober lalu. Pesawat dinaikinya turut membawa pulang ahli pasukan Olimpik Tonga yang terkandas di Christchurch sejak temasya sukan di Tokyo itu. Atlet terbabit selesai menerima dua dos vaksin Covid-19 sebelum berlepas ke temasya sukan berkenaan. Sementara itu Perdana Menteri, Pohiva Tuionetoa, memberi amaran bahawa penduduk di pulau utama negara ini, Tongatapu, berkemungkinan akan…

Read More