Brunei Darussalam catat 115 kes baharu

BERAKAS 27 Okt. – Brunei Darussalam terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 selepas merekodkan 115 kes baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 12,710 kes. Menurut Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar, sebanyak empat kluster baharu dikesan dengan merekodkan 14 kes. Sebanyak 46 kes tambahan baharu melibatkan 16 kluster aktif yang sedia ada, yang merupakan kontak-kontak terdekat bersama beberapa kes positif sebelumnya. Kesemua kluster baharu adalah kluster kediaman termasuk asrama pekerja dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 174 kluster. Dr. Md Isham juga memberitahu, sebanyak 55 kes baharu masih…

Read More

Malaysia catat pertambahan kes

PUTRAJAYA 27 Okt. – Malaysia hari ini mencatatkan 6,148 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, pertambahan lebih 400 kes berbanding 5,726 yang direkodkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah melalui ciapan di laman Twitternya memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam negara kini sebanyak 2,448,372 kes. Sementara itu Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat ini menempatkan seramai 563 pesakit dan daripada jumlah itu, 292 kes memerlukan bantuan pernafasan. Kes sembuh pula adalah sebanyak 7,595 sekali gus angka kumulatif sembuh sehingga kini ialah 2,347,985. Sebahagian…

Read More

3,218 kes, 271 kematian di Filipina

MANILA 27 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 3,218 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,768,849 kes. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga mencatatkan 271 lagi individu meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kematian 42,348 orang. Pada masa yang sama, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 2,676,349 orang apabila 6,660 lagi pesakit dilaporkan pulih. Sementara itu kes aktif pula sebanyak 50,152, turun sedikit berbanding semalam yang merekodkan 53,642.

Read More

Thailand catat 8,452 kes harian

BANGKOK 27 Okt. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Thailand naik sedikit hari ini dengan merekodkan 8,452 kes berbanding 7,706 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,875,315 kes. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 57 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 18,922 orang meninggal dunia. Daripada kes baharu hari ini, sebanyak 8,292 kes dalam masyarakat awam termasuk tujuh kes import serta 160 lagi melibatkan kes dalam kalangan banduan. Semalam, sebanyak 8,449 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital. Sejak gelombang ketiga pandemik bermula 1 April lalu, Thailand…

Read More

22,191,734 dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 27 Okt. – Sebanyak 22,191,734 atau 94.8 peratus daripada  populasi dewasa sudah lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi, demikian menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW. Sejumlah 97.5 peratus atau 22,830,806 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Pada masa yang sama sebanyak 24.04 juta individu atau 73.6 peratus daripada populasi keseluruhan Malaysia telah melengkapkan suntikan dan  77.8 peratus atau 25.41 juta menerima sekurang-kurangnya satu dos. Sejumlah 181,160 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam membabitkan 136,290 suntikan dos lengkap dan 22,178 menerima…

Read More

Kadar kebolehjangkitan naik 0.91

PUTRAJAYA 27 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia menunjukkan peningkatan kepada 0.91 semalam berbanding 0.89 pada hari sebelumnya. Berdasarkan beberapa hari lalu, kadar itu merupakan satu lonjakan bermula  0.86 pada Khamis lalu, sebelum meningkat kepada 0.87 pada Jumaat, 0.88 (Ahad) dan 0.89 (Isnin). Bagaimanapun enam negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului  Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan dengan kadar 1.02. Ini diikuti Melaka 0.99, Putrajaya 0.96, Selangor 0.95 dan Sabah 0.93. Sembilan negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Kedah 0.90, Johor 0.88, Terengganu 0.87, Pulau Pinang…

Read More

10 warga emas meninggal dunia

SINGAPURA 27 Okt. – Sepuluh warga emas meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan Covid-19 dan 3,277 kes baharu direkodkan di Singapura setakat 12 tengah hari semalam menjadikan jumlah keseluruhan 339 kematian dan 179,095 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), mereka yang meninggal dunia berusia antara 66 dengan 98 tahun dan semua kes kecuali satu belum divaksin serta mempunyai pelbagai masalah kesihatan. Dalam kalangan kes baharu itu, 3,272 adalah kes jangkitan dalam negeri, merangkumi 2,984 kes dalam masyarakat dan 288 kes di asrama pekerja asing, sementara lima lagi merupakan kes import. Menurut MoH,…

Read More

Jumlah kematian harian turun

PUTRAJAYA 27 Okt. – Jumlah kematian harian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini, mencatatkan sedikit penurunan apabila 84 kes direkodkan pada Selasa berbanding 92, pada hari sebelumnya. Data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal COVIDNOW menunjukkan daripada jumlah itu, 20 kes membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). Setakat semalam, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 mencecah 28,576 manakala jumlah keseluruhan kes BID meningkat kepada 5,771. Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) terus mencatat penurunan sejak awal September lalu. Terdapat 584 kes aktif di ICU seluruh negara…

Read More

244 juta kes, hampir 5 juta kematian

WASHINGTON: Jumlah terkumpul kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 244 juta, selepas lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu, demikian data terkini Universiti Johns Hopkins. Amerika Syarikat (AS) masih mendahului negara lain dengan 45 juta kes diikuti  India  lebih 34 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.7 juta kes. Britain mencatatkan lebih 8.8 juta kes, manakala Rusia turut memasuki kumpulan negara yang melaporkan lebih 8 juta kes. Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului  dengan lebih 4.2 juta kes diikuti Filipina yang mencatatkan lebih 2.7 juta…

Read More