Kadar kebolehjangkitan naik 0.91

PUTRAJAYA 27 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia menunjukkan peningkatan kepada 0.91 semalam berbanding 0.89 pada hari sebelumnya.

Berdasarkan beberapa hari lalu, kadar itu merupakan satu lonjakan bermula  0.86 pada Khamis lalu, sebelum meningkat kepada 0.87 pada Jumaat, 0.88 (Ahad) dan 0.89 (Isnin).

Bagaimanapun enam negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului  Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan dengan kadar 1.02.

Ini diikuti Melaka 0.99, Putrajaya 0.96, Selangor 0.95 dan Sabah 0.93.

Sembilan negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Kedah 0.90, Johor 0.88, Terengganu 0.87, Pulau Pinang 0.87, Kelantan 0.86, Perak 0.85, Sarawak 0.84 dan Perlis 0.81.

Labuan merekodkan tiga kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment