Malaysia catat pertambahan kes

PUTRAJAYA 27 Okt. – Malaysia hari ini mencatatkan 6,148 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, pertambahan lebih 400 kes berbanding 5,726 yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah melalui ciapan di laman Twitternya memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam negara kini sebanyak 2,448,372 kes.

Sementara itu Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat ini menempatkan seramai 563 pesakit dan daripada jumlah itu, 292 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula adalah sebanyak 7,595 sekali gus angka kumulatif sembuh sehingga kini ialah 2,347,985.

Sebahagian besar daripada jumlah kes baharu bagaimanapun hanya melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.4 peratus, selebihnya, 1.6 peratus atau bersamaan 101 kes adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5.

Kadar kematian setakat semalam mencatatkan sebanyak 84 kes menjadikan angka kumulatifnya sebanyak 28,576 kes.

Sementara itu, sembilan kluster baharu dikesan hari ini, membabitkan negeri Selangor, Kedah, Perak, Kelantan dan Kuala Lumpur.

Enam daripadanya adalah kluster tempat kerja, manakala bakinya adalah kluster pendidikan, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

Related posts

Leave a Comment