Thailand catat 8,452 kes harian

BANGKOK 27 Okt. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Thailand naik sedikit hari ini dengan merekodkan 8,452 kes berbanding 7,706 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,875,315 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 57 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 18,922 orang meninggal dunia.

Daripada kes baharu hari ini, sebanyak 8,292 kes dalam masyarakat awam termasuk tujuh kes import serta 160 lagi melibatkan kes dalam kalangan banduan.

Semalam, sebanyak 8,449 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Sejak gelombang ketiga pandemik bermula 1 April lalu, Thailand merekodkan 1,846,452 kes Covid-19 di mana 1,730,871 dilaporkan sembuh dan jumlah kematian pula 18,828.

Manakala sejak pandemik bermula awal tahun lalu, terdapat 1,875,315 kes Covid-19 dengan 1,758,297 kes sembuh sementara 18,922 kematian dalam tempoh berkenaan.

Sementara itu, daripada 8,285 kes jangkitan tempatan, sebanyak 7,654 kes dikesan di hospital dan 631 melalui ujian pengesanan.

Bangkok merekodkan 859 kes baharu diikuti Songkla 551, Pattani 532, Yala 475, Chanthaburi 358, Nakhon Si Thammarat 345, Narathiwat 331, Samut Prakan 306,

Chon Buri 297 dan Chiang Mai 270.

Tujuh kes import pula melibatkan ketibaan dari Rusia (2), Jerman (1), Indonesia (1), Laos (2) dan Myanmar (1).

Sehingga semalam, 98,096 orang menerima rawatan di hospital termasuk 2,355 yang dalam keadaan serius dan 534 bergantung kepada bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment