Brunei Darussalam catat 115 kes baharu

BERAKAS 27 Okt. – Brunei Darussalam terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 selepas merekodkan 115 kes baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 12,710 kes.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar, sebanyak empat kluster baharu dikesan dengan merekodkan 14 kes.

Sebanyak 46 kes tambahan baharu melibatkan 16 kluster aktif yang sedia ada, yang merupakan kontak-kontak terdekat bersama beberapa kes positif sebelumnya.

Kesemua kluster baharu adalah kluster kediaman termasuk asrama pekerja dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 174 kluster.

Dr. Md Isham juga memberitahu, sebanyak 55 kes baharu masih dalam siasatan untuk mengenal pasti punca jangkitan.

Sebanyak 228 kes dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada jumlah kes pulih meningkat kepada 10,275 kes dengan jumlah kes aktif 2,352.

Sementara itu, terdapat enam kes dalam kategori 5 dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif. Kesemua mereka memerlukan bantuan mesin pernafasan (artificial ventilation) dengan tiga daripadanya juga memerlukan bantuan mesin tambahan Heart / Lung Machine (ExtraCorporeal Membrane Oxygenation – ECMO).

Sebanyak 22 kes dalam kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Related posts

Leave a Comment