3,218 kes, 271 kematian di Filipina

MANILA 27 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 3,218 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,768,849 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga mencatatkan 271 lagi individu meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kematian 42,348 orang.

Pada masa yang sama, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 2,676,349 orang apabila 6,660 lagi pesakit dilaporkan pulih.

Sementara itu kes aktif pula sebanyak 50,152, turun sedikit berbanding semalam yang merekodkan 53,642.

Related posts

Leave a Comment