Jumlah kematian harian turun

PUTRAJAYA 27 Okt. – Jumlah kematian harian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini, mencatatkan sedikit penurunan apabila 84 kes direkodkan pada Selasa berbanding 92, pada hari sebelumnya.

Data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal COVIDNOW menunjukkan daripada jumlah itu, 20 kes membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Setakat semalam, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 mencecah 28,576 manakala jumlah keseluruhan kes BID meningkat kepada 5,771.

Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) terus mencatat penurunan sejak awal September lalu.

Terdapat 584 kes aktif di ICU seluruh negara ketika ini, berbanding lebih 1,500 pada hujung Ogos lalu.

Ketika ini, kadar penggunaan ICU di hospital kerajaan seluruh negara ialah 61.6 peratus, kecuali Kelantan 77.4 peratus, Sarawak 75.9 peratus dan Kuala Lumpur 70 peratus.

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan turut mencatat penurunan sejak dua bulan lalu, dengan mencatat 305 kes setakat semalam berbanding lebih 900 kes pada awal Ogos lalu.

Related posts

Leave a Comment