Vaksinasi remaja terpantas

PUTRAJAYA 22 Okt. – Malaysia menjadi antara negara yang memberikan suntikan vaksin kepada remaja paling cepat di dunia, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. “Dalam tempoh dua bulan, kita mampu memberikan 80 peratus penduduk berusia 12-17 tahun sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Pfizer. Salah satu pemberian vaksin COVID-19 remaja terpantas di dunia,” katanya dalam Twitter, hari ini. Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini dilaporkan menyasarkan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada keseluruhan 3.2 juta remaja di negara ini menerima suntikan dua dos vaksin Covid-19, menjelang hujung tahun ini atau selewat-lewatnya sebelum sesi persekolahan 2022 bermula.…

Read More

Singapura lapor 16 kematian

SINGAPURA 22 Okt. – Singapura melaporkan 3,439 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari semalam dan 16 lagi kematian disebabkan komplikasi akibat virus itu yang membawa kepada jumlah keseluruhan 162,026 kes dan 280 kematian. Dalam kalangan kes baharu itu, 3,437 adalah jangkitan dalam negeri, meliputi 2,937 jangkitan dalam masyarakat dan 500 di asrama pekerja asing serta dua kes import. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kematian terbaharu melibatkan 12 lelaki dan empat wanita yang berusia antara 61 tahun dengan 93 tahun. Lapan daripada mereka belum divaksin sama sekali, seorang sudah menerima satu dos…

Read More

Singapura gembira kesediaan Australia

SINGAPURA 22 Okt. – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong gembira kesediaan Australia membuka semula kemasukan pelawat warganegara itu selepas ditutup akibat pandemik Covid-19. Dalam catatan facebooknya, Lee berkata, Singapura dan Australia mempunyai hubungan ekonomi dan pelaburan yang kukuh, serta pertalian mesra antara penduduk. “Sangat mengalu-alukan keterhubungan rapat antara kedua-dua negara disambung semula sedang kita bergerak menuju ke masa depan endemik Covid,” kata Lee mengulas kenyataan rakan sejawatannya  Scott Morrison. Perdana Menteri Australia itu pada sidang medianya berkata, Australia sedang dalam “tahap akhir” rundingan dengan Singapura untuk melaksanakan aturan perjalanan…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.86

PUTRAJAYA 22 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia semalam adalah 0.86, sama seperti hari sebelumnya. Tujuh negeri merekodkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 1.03 dan Negeri Sembilan 1.00. Ini diikuti Selangor 0.94, Melaka 0.94, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.93, Sabah 0.90, dan Kelantan 0.88. Johor dan Terengganu masing-masing menyamai rekod purata kebangsaan. Enam negeri merekodkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Kedah 0.85, Pulau Pinang 0.82, Perak 0.82, Pahang 0.81, Sarawak 0.79 dan Perlis 0.75. Labuan merekodkan dua kes baharu Covid-19. Kadar kebolehjangkitan terendah…

Read More

94.3 peratus lengkap dua dos

PUTRAJAYA 22 Okt. – Setakat semalam, sebanyak 71.8 peratus atau 23,451,810 individu daripada populasi keseluruhan negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19. Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan  memaklumkan, 77.5 peratus atau 25,317,072 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi dewasa, seramai 22,084,594 individu atau 94.3 peratus telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat ini manakala, 97.3 peratus atau 22,792,916 populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Lembah Klang mencatat jumlah tertinggi diberikan dos kepada golongan dewasa iaitu 114.7 peratus diikuti Labuan 101.3 peratus, Negeri Sembilan 100.8…

Read More

96 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 22 Okt. – Jumlah kematian harian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini terus kekal di bawah 100 apabila 96 kes direkodkan semalam termasuk 21 kes membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). Data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW menunjukkan setakat semalam, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 mencecah 28,234 atau kira-kira 1.2 peratus daripada keseluruhan 2,408,431 kes positif di Malaysia. Jumlah keseluruhan kes BID pula meningkat kepada 5,701, iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan korban akibat Covid-19. Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) terus mencatat…

Read More