Kadar kebolehjangkitan 0.86

PUTRAJAYA 22 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia semalam adalah 0.86, sama seperti hari sebelumnya.

Tujuh negeri merekodkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 1.03 dan Negeri Sembilan 1.00.

Ini diikuti Selangor 0.94, Melaka 0.94, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.93, Sabah 0.90, dan Kelantan 0.88.

Johor dan Terengganu masing-masing menyamai rekod purata kebangsaan.

Enam negeri merekodkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Kedah 0.85, Pulau Pinang 0.82, Perak 0.82, Pahang 0.81, Sarawak 0.79 dan Perlis 0.75.

Labuan merekodkan dua kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment