Singapura lapor 16 kematian

SINGAPURA 22 Okt. – Singapura melaporkan 3,439 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari semalam dan 16 lagi kematian disebabkan komplikasi akibat virus itu yang membawa kepada jumlah keseluruhan 162,026 kes dan 280 kematian.

Dalam kalangan kes baharu itu, 3,437 adalah jangkitan dalam negeri, meliputi 2,937 jangkitan dalam masyarakat dan 500 di asrama pekerja asing serta dua kes import.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kematian terbaharu melibatkan 12 lelaki dan empat wanita yang berusia antara 61 tahun dengan 93 tahun. Lapan daripada mereka belum divaksin sama sekali, seorang sudah menerima satu dos suntikan dan lagi tujuh lengkap divaksin.

Dalam kalangan kes kematian lelaki itu, 11 adalah rakyat dan penduduk tetap Singapura manakala seorang warganegara Malaysia, pemegang permit kerja sementara semua wanita yang meninggal dunia adalah rakyat Singapura.

Seramai 15 pesakit yang meninggal dunia mempunyai masalah kesihatan sedia ada.. Satu kes yang sudah divaksin tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan .

Menurut MoH, dalam kalangan kes Covid-19 dalam masyarakat yang dirujuk atau dimasukkan ke hospital, 17,617 pesakit atau 72.4 peratus, menjalani pemulihan di rumah.

Sebanyak 4,223 sedang dirawat di kemudahan jagaan masyarakat dan 880 di kemudahan rawatan Covid-19.

Baki 1,613 pesakit dimasukkan ke hospital, sebahagian besarnya untuk dipantau, di mana  kalangan mereka, 346 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 61 diletakkan di unit jagaan rapi (ICU). 

Related posts

Leave a Comment