94.3 peratus lengkap dua dos

PUTRAJAYA 22 Okt. – Setakat semalam, sebanyak 71.8 peratus atau 23,451,810 individu daripada populasi keseluruhan negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan  memaklumkan, 77.5 peratus atau 25,317,072 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa, seramai 22,084,594 individu atau 94.3 peratus telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat ini manakala, 97.3 peratus atau 22,792,916 populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Lembah Klang mencatat jumlah tertinggi diberikan dos kepada golongan dewasa iaitu 114.7 peratus diikuti Labuan 101.3 peratus, Negeri Sembilan 100.8 peratus, Pulau Pinang 97.2 peratus, Perlis 96.4 peratus, Johor 95.5 peratus, Melaka 91.5 peratus, Sarawak 90.8 peratus dan Terengganu 90.5.

Ini diikuti Kedah 85.7 peratus, Perak 85.1 peratus dan Pahang 84 peratus sementara  Sabah 71.5 peratus, diikuti Kelantan 77.3 peratus.

Selain itu, seramai 1,367,216 atau 43.4 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin, pertambahan 235,607 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 48,673,215 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Related posts

Leave a Comment