96 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 22 Okt. – Jumlah kematian harian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini terus kekal di bawah 100 apabila 96 kes direkodkan semalam termasuk 21 kes membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW menunjukkan setakat semalam, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 mencecah 28,234 atau kira-kira 1.2 peratus daripada keseluruhan 2,408,431 kes positif di Malaysia.

Jumlah keseluruhan kes BID pula meningkat kepada 5,701, iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan korban akibat Covid-19.

Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) terus mencatat penurunan sejak awal September lalu.

Terdapat 666 kes aktif di ICU seluruh negara ketika ini, berbanding lebih 1,500 pada hujung Ogos lalu.

Ketika ini, kadar penggunaan ICU di hospital kerajaan seluruh negara ialah 62.7 peratus, namun empat negeri masih merekodkan kadar melebihi 70 peratus iaitu Perak (72.1 peratus), Kuala Lumpur (70.2 peratus), Selangor (71.7) dan Sarawak (79.8 peratus).

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan turut mencatat penurunan sejak dua bulan lalu, dengan mencatat 306 kes setakat semalam berbanding lebih 900 kes pada awal Ogos lalu.

Pada masa sama, kadar penggunaan katil hospital bagi kes Covid-19 di seluruh negara ialah 66.9 peratus, namun Lembah Klang dan Sarawak mencatatkan peningkatan.

Related posts

Leave a Comment