SEREMBAN 16 Sept. – Siapa Yang di-Pertuan Besar terus menimbulkan persoalan apabila Undang Luak Rembau, Datuk Sedia Raja Hassan Ab Hamid, menegaskan kenyataan atau keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak boleh mengatasi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959. Malah, beliau berkata, keputusan MMK juga tidak dengan sendirinya boleh menghidup atau mengesahkan suatu proklamasi yang telah diputuskan oleh Dewan Keadilan dan Undang (DKU) sebagai tidak sah. Katanya, DKU telah membuat ketetapan pada 31 Julai lalu dan menegaskannya semula pada 13 September bahawa proklamasi pada 19 April 2026 adalah tidak…
Read MoreDay: September 16, 2026
Rusdin kekal bersama KDM
KOTA KINABALU 16 Sept. – Ahli Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan Rusdin Riman menegaskan pendirian untuk kekal bersama Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM). Wakil tunggal KDM itu menegaskan demikian susulan parti itu menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Ogos lalu. Bagaimanapun Rusdin masih memegang jawatan dalam kerajaan negeri sebagai pengerusi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri walaupun KDM kini berada di barisan pembangkang negeri. Menerusi satu kenyataan, Rusdin yang turut memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Sabah menyatakan pendirian untuk berdiri teguh di…
Read MorePenurunan takhta Tuanku Muhriz
SEREMBAN – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan membuat keputusan kolektif bahawa proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah sah. Menerusi satu kenyataan, perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat MMKN Negeri Sembilan yang bersidang pada Selasa dan dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim. Susulan itu, Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar baharu berkuat kuasa serta-merta. Dalam kenyataan tersebut, menurut Perkara 10 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 bertarikh 19 April 2026 telah ditandatangani dan dicop mohor oleh Undang Luak yang…
Read MoreLetak jawatan selepas ‘hentam’ DAP
PERMATANG PAUH 16 Sept. – Dua hari selepas ‘menghentam’ DAP di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, Ketua UMNO Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). Mohd Zaidi meletak jawatan itu berkuat kuasa 14 September menerusi surat bertarikh sama kepada Exco Pulau Pinang H’ng Mooi Lye yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa. Menerusi surat yang dikongsi Exco Pulau Pinang itu, Mohd Zaidi turut menyatakan rasa bertanggungjawab, kesal dan memohon maaf atas ucapan yang disampaikan, berhubung ideologi DAP…
Read MoreBerita pilihan…
Konflik Iran, AS tanggung AS38 bilion
WASHINGTON – Setakat 1 Ogos lalu, Amerika Syarikat (AS) menanggung kos kira-kira AS$38 bilion susulan konflik bersenjata dengan Iran . Menurut laporan Pejabat Belanjawan Kongres (CBO) yang diterbitkan pada Selasa, kos peperangan berkenaan dijangka terus meningkat sebanyak antara AS$2 bilion hingga AS$3 bilion sebulan, bergantung kepada tahap intensiti konflik. Laporan itu menyebut, perang yang tercetus susulan serangan bersama AS dan Israel terhadap Iran sejak penghujung Februari lalu telah memberi tekanan besar terhadap kewangan Jabatan Pertahanan AS. Kos keseluruhan tersebut merangkumi penggantian peluru dan peralatan ketenteraan yang digunakan atau musnah dalam…
Read MoreLebih 100,000 berusia 100 tahun
TOKYO – Data Kementerian Kesihatan Jepun menunjukkan jumlah penduduk Jepun yang berusia 100 tahun dan ke atas telah melepasi angka 100,000 buat kali pertama dalam sejarah negara itu. Menurut data itu, Jepun kini mempunyai 107,677 warga berusia sekurang-kurangnya 100 tahun, dan daripada jumlah itu, kira-kira 88 peratus adalah wanita. Wanita tertua di Jepun ialah Kishimoto Fuyo, 114, dari Bandar Kyoto, manakala lelaki tertua ialah Kato Hikaru, 112, dari Kumamoto. Menteri Kesihatan Jepun, Kenichiro Ueno gembira melihat lebih ramai rakyat negara itu dapat menikmati kehidupan yang panjang, sihat dan aktif, hasil…
Read More