SEPANG 19 Ogos – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menyerahkan Memorandum Cadangan Penggubalan Akta Sabotaj Ekonomi Negara (ASEN) sebagai usaha mencadangkan kerangka perundangan yang lebih tegas dan menyeluruh bagi menangani jenayah ekonomi serius. Jenayah ekonomi itu termasuk rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa, pengubahan wang haram, penipuan serta kesalahan kewangan yang boleh menjejaskan kepentingan dan ekonomi negara. Setiausaha Agung Putra, Nasrul Ali Hasan, menyerahkan memorandum itu bersama-sama Ahli-ahli Dewan Tertinggi (ADT) Putra kepada Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, pada pukul 2.30 petang. Pegawai Khas Perdana Menteri (Bahagian…
Read MoreDay: August 19, 2026
“Gesaan Gobind awal sangat”
SEPANG 19 Ogos – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari bersetuju dengan gesaan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo supaya kerajaan memperkenalkan undang-undang khas bagi menjamin semua ahli Parlimen termasuk pembangkang menerima peruntukan sama rata. Bagaimanapun Ahli Parlimen Pasir Mas itu secara sinis berkata gesaan oleh Menteri Digital itu dibuat terlalu awal. “Saya setuju, cumanya awal sangat gesaan ini. Patutnya esok nak bubar Parlimen , hari ini barulah buat gesaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook bagi merujuk kenyataan Gobind. Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tambahan RM1 juta…
Read MoreBerita pilihan…
Lebih 175,000 visa dibatal
WASHINGTON – Lebih 175,000 visa terutamanya berkaitan kegiatan jenayah, telah dibatalkan, demikian menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) Tommy Pigott. Katanya, langkah itu menunjukkan komitmen berterusan jabatan terhadap program tapisan. Presiden Donald Trump pada hari pelantikannya sebagai Presiden AS ke-47, berikrar menghentikan imigresen haram dan melaksanakan pengusiran secara besar-besaran. “Kami tidak akan bertolak ansur terhadap warga asing yang memegang visa tetapi melanggar undang-undang, syarat visa atau menjejaskan keselamatan negara,” kata Pigott menerusi platform media sosial X. Beliau berkata, antara kesalahan utama yang menyebabkan visa dibatalkan termasuk memandu dalam keadaan…
Read MoreUAE dakwa Iran lancar peluru berpandu
DUBAI – Kementerian Pertahanan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mendakwa Iran melancarkan dua peluru berpandu balistik ke arah laluan perkapalan di Teluk, dengan peluru berpandu pertama jatuh di luar perairan wilayah negara, manakala yang kedua jatuh dalam perairan wilayah. Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei, menolak dakwaan UAE bahawa Iran melancarkan peluru berpandu ke arah negara itu, sambil menyifatkannya sebagai tindakan yang menjejaskan kepercayaan serantau dan usaha keselamatan. Iran bagaimanapun memberi amaran Selat Hormuz – yang perlu dilalui kapal dari pelabuhan UAE untuk keluar dari Teluk – akan kekal ditutup…
Read More