AYER KEROH – Barisan Nasional (BN) umpama ‘anak dara cantik’ yang menjadi rebutan beberapa gabungan parti untuk bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka akan datang. Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh berkata beberapa pihak dijangka tampil menyatakan hasrat untuk ‘meminang’ BN dalam tempoh terdekat bagi membolehkan gabungan itu ‘berkahwin secara sah’. “Memanglah, kita ini anak dara yang cantik, jadi ramai yang mahu meminang. Kena tunggulah. “Jadi pastinya saya sebagai ‘ketua dalam keluarga’ ini akan memilih siapa yang memberikan hantaran mas kahwin yang terbaik untuk menjadi menantu…
Read MoreDay: August 20, 2026
Amiruddin, Saifuddin runding kerjasama BN
KUALA LUMPUR 20 Ogos – Pakatan Harapan (PH) menunjukkan kesungguhan untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka apabila dua orang kanannya dilantik mengetuai rundingan berhubung kerjasama itu. Pengerusinya Anwar Ibrahim berkata, Pengarah Pilihan Raya PH, Amiruddin Shaari yang juga Naib Presiden PKR dan Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail mengetuai rundingan itu. “Itu memang (dibincangkan oleh) jawatankuasa biasa. Kita sudah ada Amiruddin dan Saifuddin untuk bincang,” kata Perdana Menteri ketika ditanya sama ada persetujuan sudah dicapai untuk membentuk kerjasama dengan BN…
Read MoreUMNO komited kestabilan Kerajaan Persekutuan
KUALA LUMPUR 20 Ogos – Walaupun bertembung pada pilihan raya negeri, UMNO kekal komited terhadap kestabilan Kerajaan Persekutuan dan menghormati Perjanjian Kerajaan Perpaduan yang dimeterai selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ketua Penerangan UMNO, Azalina Othman Said berkata, perbezaan strategi atau kerjasama dalam sesuatu pilihan raya negeri tidak dengan sendirinya membuktikan Perjanjian Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan dilanggar. Katanya, setiap negeri mempunyai mandat dan realiti politik tersendiri dengan rakyat pada peringkat negeri juga mempunyai aspirasi dan berhak menentukan wakil serta kerajaan pilihan mereka melalui proses demokrasi. Justeru dakwaan bahawa UMNO…
Read MoreGelombang biru atau biru merah Melaka
MENJELANG Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka, timbul pelbagai persoalan bukan sahaja dalam kalangan anggota parti politik tetapi juga para pemerhati dan penganalisis yang berada di luar parti. Selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membirukan Johor disusuli bersama Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan, tumpuan kini terarah kepada Melaka Bandaraya Bersejarah yang khabarnya akan mengadakan PRU DN Oktober ini. Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh sebelum ini menegaskan untuk mempertahankan 21 kerusi yang dimenangi BN pada pilihan raya sebelum ini dan kemudiannya menyatakan kesediaan untuk berunding dengan parti lain.…
Read MoreBerita pilihan…
Trump ancam negara bantu Iran
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam untuk mengenakan hukuman ekonomi yang “amat dahsyat” ke atas mana-mana negara yang membantu atau menjalankan urusan perniagaan dengan Iran. Kempen meningkatkan tekanan ekonomi ke atas republik Islam itu dibuat ketika konflik berkenaan menghampiri bulan keenam tanpa sebarang petunjuk jelas ke arah penyelesaian diplomatik mahupun ketenteraan dalam masa terdekat. “Hari ini saya mengumumkan Operasi Ekonomi Paling Memusnahkan yang pernah diambil terhadap mana-mana negara. Ini akan menjadi peperangan ekonomi dan pengasingan pada skala yang belum pernah berlaku sebelum ini,” tulis Trump menerusi platform…
Read MoreHutang AS cecah AS$40 trilion
WASHINGTON – Data Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan jumlah hutang negara kasar setakat 18 Ogos 2026 mencecah AS$40.05 trilion, melepasi paras bersejarah, menandakan cabaran fiskal yang semakin meruncing. Pencapaian itu berlaku, lima bulan selepas hutang persekutuan melepasi paras AS$39 trilion pada Mac lalu, selepas melangkaui AS$38 trilion pada Oktober 2025. Menurut pakar ekonomi, peningkatan hutang negara AS berpunca daripada gabungan beberapa faktor, termasuk kos pembayaran faedah yang kian meningkat susulan beban hutang yang besar dan kadar faedah yang lebih tinggi. Pada masa sama, perbelanjaan kerajaan bagi program kebajikan seperti…
Read More