BANGKOK 9 Okt. – Thailand merekodkan 10,630 kes dan 73 lagi meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,700,067 kes dan 17,607 kematian. Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 11,140 kes dan 116 kematian pada Jumaat dan 11,200 kes dan 113 kematian pada Khamis. Daripada jumlah kes yang direkodkan hari ini, sebanyak 10,563 kes dalam kalangan orang awam termasuk sembilan kes import dan 67 dalam kalangan banduan . Sebanyak 10,542 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 1,572,332. Sementara 73 kematian pula melibatkan individu berusia…
Read MoreDay: October 9, 2021
11,010 kes Covid-19 di Filipina
MANILA 9 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 11,010 kes tambahan Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,654,450. Pada masa yang sama, sebanyak 273 orang dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 39,505 orang. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 2,508,387 orang apabila 22,529 orang dilaporkan sembuh. Sebanyak 106,558 kes aktif dilaporkan berkurangan berbanding 118,203 semalam.
Read MoreSINGAPURA 9 Okt. – Singapura akan mengambil masa tiga hingga hingga enam bulan untuk mencapai “norma baharu “, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Selepas tempoh itu Singapura boleh melonggarkan langkah-langkah sekatan dan memperkenalkan langkah pengurusan selamat yang “ringan”, dengan jumlah kes stabil mungkin dengan ratusan kes sehari tetapi tidak meningkat. Katanya, di bawah norma baharu , hospital-hospital boleh “beroperasi seperti biasa” dan masyarakat boleh menyambung semula aktiviti seperti sebelum pandemik dan melihat orang ramai “tanpa berasa bimbang atau aneh”. “Hanya segelintir negara sudah berada di peringkat itu, misalnya di…
Read MoreKes boleh melonjak
SINGAPURA 9 Okt. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 mungkin melonjak pada masa hadapan, terutama sekali dengan kemunculan varian baharu, kata Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, “Kita mungkin perlu memikirkan semula langkah sekatan yang dilaksanakan jika jumlah kes sekali lagi meningkat secara mendadak, bagi melindungi sistem dan pekerja jagaan kesihatan,” katanya. Bagaimanapun katanya, pemerintah dapat menangani sebarang lonjakan kes pada masa hadapan dengan lebih baik. Beliau berkata, walaupun perjuangan menentang Covid-19 masih berterusan, Singapura berada di “kedudukan lebih baik sekarang”. “Kadangkala kita tidak dapat merasakannya, namun kita menunjukkan kemajuan baik ke…
Read MoreLangkah baharu di premis makanan
SINGAPURA 9 Okt. – Mulai 13 Oktober ini individu yang belum divaksin tidak dibenarkan memasuki pusat membeli belah atau duduk makan di pusat penjaja atau premis makanan. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), mereka yang sudah lengkap divaksin boleh terus melakukan kegiatan tersebut tetapi hanya dalam kumpulan sehingga dua orang. Bagaimanapun mereka yang belum divaksin boleh membeli makanan yang dibungkus untuk dibawa pulang. Pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian Gan Kim Yong berkata langkah-langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi yang diperluas itu akan lebih melindungi mereka yang belum lengkap divaksin. Katanya, terdapat…
Read MoreSingapura catat 3,590 kes baharu
SINGAPURA 9 Okt. – Kes baharu Covid-19 di Singapura mencecah 3,590 serta merekodkan enam lagi kematian setakat pukul 12 tengah hari semalam. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 120,454 dan 142 kematian sejak pandemik melanda. Dalam kenyataan malam tadi, MoH memaklumkan, mereka yang meninggal dunia berusia antara 67 dengan 93 tahun melibatkan tiga lelaki dan tiga wanita . Dua daripada mereka tidak divaksin, tiga pula hanya mendapat satu suntikan vaksin dan seorang lagi lengkap divaksin. Lima daripada mereka mempunyai pelbagai masalah kesihatan manakala…
Read MoreGuru Ukraine wajib ambil vaksin
KERAJAAN Ukraine mewajibkan guru dan sebahagian kakitangan awam mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 bagi melindungi kesihatan penduduk di negara itu, kata Menteri Kesihatan, Viktor Lyashko. Beliau berkata, keputusan itu perlu bagi melindungi nyawa dan kesihatan penduduk Ukraine dan arahan dikeluarkan ketika negara itu berdepan dengan peningkatan kadar tinggi jangkitan dan masalah kelewatan vaksinasi ke atas penduduknya. Katanya, majoriti pesakit Covid-19 di hospital terdiri daripada mereka yang tidak mendapat suntikan vaksin coronavirus. Pihak berkuasa di negara bekas Kesatuan Soviet itu kini berusaha untuk meyakinkan penduduknya mendapatkan suntikan vaksin. Sehingga 7 Oktober lalu,…
Read MoreLebih 6.42 bilion dos didaftar
WASHINGTON: Lebih 6.42 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini. Menurut data Universiti Johns Hopkins, China mendahului senarai dengan lebih 2.21 bilion dos vaksin didaftarkan disusuli India yang mencatatkan 939 juta dos dan Amerika Syarikat dengan lebih 398 juta dos vaksin. Brazil mendaftarkan lebih 246 juta dos manakala Jepun melebihi 172 juta. Sementara itu, Turki, Jerman dan Mexico sudah memberikan lebih 100 juta dos vaksin. Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului negara-negara lain dengan 154 juta dos vaksin diikuti Thailand lebih 58 juta dos manakala…
Read MoreBerita pilihan…
Berbaki 0.6 peratus capai 90 peratus
PUTRAJAYA 9 Okt. – Berbaki hanya 0.6 peratus lagi sasaran untuk mencapai 90 peratus populasi dewasa yang lengkap vaksinasi sebelum kelonggaran rentas negeri dibenarkan berdasarkan Pelan Pemulihan Negara (PPN). Setakat semalam, seramai 20.927 juta individu atau 89.4 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19. Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 94.7 peratus atau 22.16 juta populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi keseluruhan, seramai 21.10 juta individu atau 64.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala 74.6 peratus atau 24.38 juta daripada…
Read More