Lebih 6.42 bilion dos didaftar

WASHINGTON: Lebih 6.42 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

Menurut data Universiti Johns Hopkins, China mendahului senarai dengan lebih 2.21 bilion dos vaksin didaftarkan disusuli India yang mencatatkan 939 juta dos dan Amerika Syarikat dengan lebih 398 juta dos vaksin.

Brazil mendaftarkan lebih 246 juta dos manakala Jepun melebihi 172 juta.

Sementara itu, Turki, Jerman dan Mexico sudah memberikan lebih 100 juta dos vaksin.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului negara-negara lain dengan 154 juta dos vaksin diikuti Thailand lebih 58 juta dos manakala Filipina dan Malaysia sudah memberikan lebih 48 juta dos vaksin.

Singapura mencatatkan lebih sembilan juta dos vaksin yang didaftar.

Related posts

Leave a Comment