10,630 kes, 73 kematian di Thailand

BANGKOK 9 Okt. – Thailand merekodkan 10,630 kes dan  73 lagi meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,700,067 kes dan 17,607 kematian.

Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 11,140 kes dan 116 kematian pada Jumaat dan 11,200 kes dan 113 kematian pada Khamis.

Daripada jumlah kes yang direkodkan hari ini, sebanyak 10,563 kes dalam kalangan orang awam termasuk sembilan kes import dan 67 dalam kalangan banduan .

Sebanyak 10,542 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 1,572,332.

Sementara 73 kematian pula melibatkan individu berusia 35 hingga 98 tahun, di mana 72 adalah warga Thai.

Sementara itu Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 melaporkan Bangkok terus merekodkan kematian tertinggi iaitu 12 orang dan 1,280 kes.

Sembilan kes import pula melibatkan ketibaan dari Perancis (1), Korea Selatan (1), Kemboja (4) dan Malaysia (2). Ia melibatkan seorang warga Perancis, Amerika dan tujuh warga Thai.

Sebanyak 110,128 orang menerima rawatan di mana 2,967 keitikal dengan 677 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu setakat Jumaat, sebanyak 59.30 juta dos vaksin telah disuntik di mana 34.66 juta orang menerima dos pertama atau 48.1% daripada penduduk manakala 22.94 juta (32.8%) mendapat dos kedua dan 1.69 juta mendapat dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment